Sekiranya anda mendapat order daripada Brazil, anda perlu dapatkan nombor cukai pembeli dari Brazil. Jika pembeli itu selalu membeli barang dari luar negara (luar Brazil) mereka akan sertakan sekali nombor cukai mereka.
Jika mereka tidak biasa membeli dari luar negara, anda perlu meminta daripada pembeli itu. Ini kerana bermula 1 Januari 2020, kerajaan Brazil mewajibkan pembelian dari luar negara perlu disertakan nombor cukai pembeli.
Senang sahaja jika ingin tahu nombor cukai pembeli. Kebiasaannya bermula dari CPF kemudian diikuti dengan nombor. Namun anda perlu pastikan dan sah kan daripada pembeli anda.
Letakkan nombor cukai ini di alamat pembeli iaitu dibawah nama mereka seperti gambar diatas. Tidak kisah kurier mana yang anda gunakan, pastikan nombor cukai pembeli ditunjukkan dengan jelas bagi memastikan tiada masalah berlaku.