Semalam pelakon Hollywood Chadwick Boseman meninggal dunia. Beliau terkenal berlakon dalam salah satu filem Marvel dengan watak Black Panther. Menurut twitter rasminya @chadwickboseman beliau meninggal disebabkan kanser usus.
— Chadwick Boseman (@chadwickboseman) August 29, 2020
Seperti biasa jika selebriti terkenal meninggal dunia, barang berkaitan selebriti itu akan terjual dengan pantas selama beberapa hari dan minggu selepas kematiannya. Bukan hanya di eBay tetapi di mana-mana marketplace seperti Amazon dan ETSY.
Dengan pengikut di Instagram sebanyak 10.5 juta pengikut, Facebook dengan lebih 2 juta pengikut dan juga hampir 2 juta pengikut di Twitter, sudah pasti barang berkaitan mendiang laku keras.
Sekarang mari lihat sebahagian dari beribu-ribu barang yang laku di eBay sejak kematian mendiang semalam.
Black Panther #1 MEFCC Dubai Variant Signed Stan Lee Chadwick Boseman CGC 9.6 SS
Terjual dengan nilai $2,999 USD dengan kos penghantaran $21.95 USD. Ianya laku sebanyak 3 kali di eBay.com. Menurut deskripsi di eBay barang ini mempunyai tandatangan mendiang Chadwick Boseman.
Jika lihat dari sejarah barang yang laku ini pada mulanya barang ini terjual dengan harga $1,899.99 USD kemudian pada harga $2,999.99 USD. Kemungkinan penjual ini menaikkan harga apabila ada permintaan yang tinggi. Ramai juga yang membuat tawaran dan penjual ini tidak terima tawaran itu.
HARRISON FORD & CHADWICK BOSEMAN SIGNED PHOTO 11×14 JSA COA 42 BLACK PANTHER
Gambar yang juga mempunyai tandatangan dari mendiang dan juga pelakon Harrison Ford. Terjual dengan harga $1,999.99 dengan kos penghantaran $10.00 USD.
Chadwick Boseman (Black Panther) Autographed Signed 8×10 Photo Authentic COA
Boleh dilihat tandatangan mendiang sangat bernilai. Barang ini terjual dengan harga $1,200 USD di eBay.com.
Selain gambar dan mempunyai tandatangan mendiang, koleksi mainan terutamanya dengan kata kunci Black Panther laris terjual.
Produk yang sama terjual dengan harga yang berbeza. Boleh dilihat peminat fanatik tidak kisah sangat dengan harga asalkan miliki koleksi dari HERO mereka. Gambar yang pertama dan kedua diatas dijual oleh penjual yang berbeza.
Ada banyak lagi listing di eBay dengan tandatangan selebriti lain di jual di eBay tetapi tidak laku ataupun terjual dengan harga yang tidak terlalu tinggi. Ini perkara biasa.
Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan