Barang dipulangkan ataupun barang return daripada pembeli memang melecehkan pembeli dan juga penjual. Walaupun penjual tanggung kos penghantaran semula, pembeli perlu pergi ke pejabat pos. Memang melecehkan dan menambahkan kerja pembeli.
Antara sebab barang dipulangkan adalah
Hantar barang yang salah
Yang ni memang salah penjual. Kalau sudah banyak order dan tiada SOP (tatacara operasi standard) memang akan ada kesilapan. Contoh kesilapan seperti ini pembeli A dari Australia dapat barang pembeli B dari United Kingdom ataupun sebaliknya.
Ada juga kesilapan seperti sepatutnya hantar warna biru tetapi tersalah hantar warna hitam. Model barang tahun 2018 tetapi hantar model tahun 2019. Jika kena dengan pembeli yang cerewet memang kena atasi masalah ini. Bukannya salah pembeli.
Barang rosak apabila sampai
Penjual baru biasanya hadapi masalah ini. Cara pembungkusan barang yang salah. Ingat ya, penghantar barang ini bukannya jaga sangat barang. Sehari beratus ataupun beribu barang yang mereka hantar.
Ada banyak tutorial di youtube. Boleh belajar cara bungkus barang di youtube.
Ingat ni, banyangkan barang anda hantar masuk kedalam guni yang bersama barang orang lain, rosak ataupun tak jika anda bungkus barang tu.
Barang sampai lambat
Jika barang anda lambat sampai selepas tarikh yang sepatutnya sampai, ada kalanya pembeli nak pulangkan barang ini.
Ada juga kes dimana pembeli tanya dahulu sebelum beli. Boleh tak barang ni sampai ke Amerika Syarikat daripada Malaysia dalam masa 7 hari bekerja.
Jika anda ada gunakan kurier yang pantas seperti DHL Express, FDex ataupun UPS, tiada masalah. Jika guna EMS kebiasaanya ianya sampai lebih dari 7 hari bekerja. Elakkan untuk terima order jika tidak biasa gunakan kurier yang boleh hantar dengan pantas.
Pembeli cerewet
Bahagian ni memeng tak boleh buat apa. Contohnya pembeli membuat bayaran hari Isnin, kemudian hari Selasa hantar. Selepas tu nak batalkan order pada hari Jumaat minggu yang sama.
Alasan nak batalkan order ada kalanya tak munasabah. Jika perkara ini berlaku suruh pembeli itu pulangkan semula barang itu kepada anda selepas barang itu sampai. Kos pemulangan semula pembeli kena tanggung.
Apa yang perlu penjual buat untuk atasi masalah ini
Jika dilihat 4 sebab ini memang boleh penjual atasi. Tetapi walaupun penjual dah buat sedaya upaya aka ada juga satu dua kes pembeli yang ingin pulangkan barang.
Itu antara risiko yang penjual kena tanggung. Apa yang boleh buat adalah kurangkan sebanyak mungkin risiko barang untuk dipulangkan.