Lumrah menjual di platform eBay ataupun mana-mana platform lain, masalah return ataupun pemulangan produk perlu diuruskan dengan baik. Tidak kira macam mana cerewetnya pembeli anda sebagai penjual harus menyelesaikannya.
Sebab itu kalau sekiranya menjual barang yang mahal jangan ambil margin keuntungan yang sedikit. Jika ada pembeli ingin memulangkan produk yang dibeli berapa banyak jualan yang lain untuk tampung kerugian ini.
Apa akan terjadi sekiranya tidak terima pemulangan?
Membazir masa bertekak dengan pembeli ataupun anda komplen dengan staf eBay. Jawapan yang sama akan staf eBay berikan iaitu anda mesti sediakan kurier untuk pemulangan produk.
Penyelesaiannya ada 2. Satu anda suruh pembeli hantarkan kepada anda dari USA ke Malaysia. Kemudian bayar pembeli melalui akaun PayPal. Kalau pembeli beri kerjasama tiada masalah.
Kalau pembeli tidak mahu terima penyelesaiannya pertama guna kaedah yang kedua. Dalam Panduan Export Mudah versi 2 ada diterangkan khidmat mana yang Tim Export Mudah gunakan.
Pembeli akan terima label penghantaran dan barang itu akan di hantar ke gudang atas nama anda di USA.
Bagaimana hendak selesaikannya
Pertama sekali masuk ke selling hub kemudian klik respond to return request
Klik see details.
Kemudian ada pilihan. Mesej pembeli, tawarkan sebahagian pemulangan duit, tidak terima pemulangan dan terima pemulangan.
Pilihan yang dipilih adalah terima pemulangan.

- Muat naik label penghantaran disini. Tidak boleh dalam bentuk fail pdf. Perlu dalam bentuk gambar seperti jpeg.
- Pilih kurier yang digunakan. Dalam contoh ini kurier USPS digunakan.
- Masukkan tracking number disini.
- Klik Continue.
- Ataupun anda mahu refund tanpa pembeli pulangkan barang, klik sini.

Apakah langkah seterusnya?
Selepas barang ini diterima anda perlu pulangkan duit pembeli dalam masa 2 hari.
Apa terjadi jika abaikan permintaan pemulangan dari pembeli?
Ramai yang abaikan. Kesannya akaun eBay anda mungkin akan turun kepada below standard. Anda fikir ingin jimatkan duit tetapi kesan lebih parah ialah bulan seterusnya mungkin hanya ada jualan seminggu 3 order sahaja berbanding sebelum ini setiap hari ada jualan.
Assalamualaikum Tuan.. klo dah terabaikan kes return tu akaun ebay jatuh below standard, tu kena denda ada bayaran jugak ke? mohon pencerahan Tuan.. terima kasih
Akaun tu susah nak laku barang lepas ni dan eBay fee akan lebih tinggi berbanding akaun yang normal.