Apa yang perlu anda tahu jika barang tidak berjaya dihantar kepada pembeli luar negara

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Jika dapat barang yang tidak berjaya dihantar pertama sekali semak dengan akaun eBay ataupun PayPal anda samada pernah tak pembeli ini open cased. Jika pernah open cased anda perlu lihat sebab barang ini tidak sampai.

Ada beberapa sebab barang tidak berjaya dihantar. Antaranya alamat tidak lengkap walaupun anda sudah buat alamat mengikut transaksi pembeli di eBay. Ada juga disebabkan pembeli tidak tuntut dengan pejabat pos mereka. 

Biasanya jika barang tidak berjaya dihantar, pihak pos akan beri notis dan apabila pembeli tidak ambil dalam masa yang ditetapkan, barang itu akan dipulangkan kepada penjual.

Bergantung kepada kurier yang anda gunakan, ada yang mengenakan caj sekiranya barang tidak sampai kepada pembeli, ada juga yang tidak kenakan caj. Caj ini adalah kos pengantaran semula barang yang tidak berjaya dihantar daripada pembeli kepada anda.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya pembeli sudah open cased, anda perlu tanya pembeli. Tanya juga diri sendiri adakah berbaloi untuk pulangkan balik kesemua duit pembeli ataupun sebahagian sahaja. 

Ini kerana anda sudah keluarkan kos penghantaran dan juga kos membeli barang. Semuanya bergantung kepada budi bicara antara anda dan juga pembeli. Tiada jawapan yang khusus.

Jika pembeli meminta anda hantar kembali, pastikan caj ini diambil kira sekali bagi mengelakkan kerugian dari pihak anda.

Sekiranya pembeli tidak open cased dan juga hantar mesej, anda boleh mesej pembeli itu. Nyatakan sebab barang tidak berjaya dihantar.

Jika tiada maklum balas daripada pembeli, jual balik barang itu di eBay. Bukannya salah anda sebab anda dah buat yang terbaik untuk selesaikan masalah yang bukan disebabkan dari pihak penjual.

Perkara biasa apabila barang return lepas 6 bulan dan pembeli tidak open cased di eBay. Mungkin pembeli terlupa yang ada beli barang di luar negara ataupun pembeli tak tahu cara-cara untuk open cased.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *