Mungkin masih ramai diluar sana tertanya-tanya bagaimana cara nak pos barang frozen sama ada kepada pelanggan atau supplier.
Adakah barang frozen yang sangat sensitif kepada suhu dan tempoh masa penghantaran tersebut boleh selamat dihantar? Ya, ia boleh selamat dihantar dengan memerlukan beberapa barang tambahan.
Sekiranya anda terlupa barang tambahan dan tidak mengikut cara yang betul kemungkinan barang anda akan rosak dan merugikan anda sendiri.
Cara Pos Barang Frozen Dengan Selamat
Barang-barang frozen adalah sangat sensetif dengan suhu dan tempoh masa barang tersebut bertahan agak pendek.
Justeru itu, anda perlu mengambil langkah awal untuk memastikan barangan frozen yang anda hendak pos selamat dan tidak rosak.
Caranya adalah dengan menggunakan beberapa barang tambahan berikut:
Kotak Styrofoam

Untuk menyimpan barang frozen tersebut pada masa yang panjang, penggunaan kotak styrofoam adalah salah satu kaedah yang baik.
Kerana kotak styrofoam ini sesuai bagi mengurangkan haba masuk ke dalam bahagian kotak. Walaupun kotak styrofoam ini mudah pecah tetapi ia masih mampu menahan lasak.
Dry Ice

Antara barang yang wajib digunakan semasa proses penghantaran untuk memastikan barang frozen anda dalam keadaan baik.
Paling sesuai sekiranya barang frozen anda adalah seperti rozen food, sayur, buah-buahan, makanan laut dan lain-lain.
Dry ice ini boleh diletakkan di atas barangan frozen anda yang hendak di pos supaya kesejukkan suhu boleh merangkumi seluruh kotak tersebut.
Ice Gel
Selain dari anda menggunakan dry ice, anda juga boleh gunakan ice gel. Ice gel juga dapat membantu untuk mengekalkan suhu barang frozen tersebut.
Tetapi ice gel tidak boleh bertahan lama seperti dry ice. Ini kerana, suhu ice gel tidak serendah dry ice yang boleh memastikan barang frozen anda bertahan lama.
Sebaik sahaja anda menerima barang frozen, anda harus letakkan barang tersebut di tempat sejuk beku.
Anda boleh dapatkan ice gel ini di Shopee ataupun kedai berdekatan dengan anda.
Kotak

Kotak besar diperlukan untuk letak barang frozen anda. Pilih kotak kadbod besar yang sesuai dengan barang frozen. Anggarkan berapa ruang diperlukan untuk letak barang frozen anda.
Anda boleh dapatkan kotak dikedai-kedai runcit. Jika nak jimatkan kos penghantaran, anda juga mungkin boleh pergi ke pejabat pos untuk mengetahui sama ada mereka ada sediakan kotak khas untuk barang frozen.
Kena pastikan kotak yang anda guna itu tidak nipis dan tidak mudah terkoyak.
Baca: Cara Nak Hantar Barang Ke Luar Negara Pasca Covid-19
Kurier Yang Membuat Penghantaran Barangan Frozen
Disini kami kongsikan beberapa courier yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan Frozen.
Ta-Q-Bin
Cool TA-Q-BIN membolehkan pelanggan menghantar bungkusan kurier yang memerlukan perkhidmatan kawalan suhu. Syarikat ini telah melabur pada peralatan seperti Chill pada suhu (0 ° C – 10 ° C) dan Frozen pada suhu (-15 ° C atau lebih rendah).
Syarikat ini juga mengendalikan produk seperti makanan laut segar, pencuci mulut, makanan pre-cooked, ramen segar, sos beku dan banyak lagi.
ColdStar Express
Coldstar Express Sdn Bhd adalah syarikat logistik rantai sejuk terkawal suhu komprehensif yang berpusat di Selangor, Malaysia. Menawarkan pengangkutan sejuk di seluruh Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand.
Selain itu, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penyewaan trak sejuk dengan saiz yang berbeza.
Selain itu, kalau ada yang nak tahu cara nak hantar barang ke luar negara dan berbisnes di ebay boleh rujuk Panduan Export Mudah