Rata-rata pengguna sudah mengetahui cara kumpul dan tebus Shopee Coins. Coins hanya boleh digunakan di dalam Shopee sahaja untuk mendapatkan diskaun dan voucher.
Lebih banyak anda dapat kumpul coins, lebih banyak potongan diskaun yang anda akan dapat. Berdasarkan pengiraan 1 Coins bersamaan 1 Sen.
- 10 Coins = 10 Sen
- 100 coins = RM1
- 1000 coins = RM10
Cara Mengumpul Shopee Coins
Ada pelbagai cara untuk mengumpul Shopee Coins ini. Tetapi sebelum itu, anda mesti mempunyai akaun Shopee dahulu. Anda boleh download aplikasi Shopee di telefon pintar anda:
Kumpul Melalui Daily Coins Reward
Untuk kaedah ini, ia memerlukan anda untuk membuka aplikasi Shopee setiap hari. Walaupun anda tidak membeli, tetapi anda boleh mengumpul coins.
Anda akan mengumpul coins mengikut jumlah hari. Hari pertama 1 coins, hari kedua 2 coins sehingga hari ketujuh 7 coins. Jumlah keseluruhan dalam masa seminggu adalah 28 coins.
Sekiranya anda terlepas 1 hari, anda perlu bermula 1 coins semula. Tetapi kebiasaanya aplikasi ini, akan menghantar notifikasi kepada anda sebagai peringatan untuk tebus Daily Coins Reward ini.
Melalui Permainan Dan Game Disediakan
Game atau permainan yang disediakan oleh Shopee biasanya mengikut musim dan sering berubah-ubah.
Untuk kali ini musim 4.4 Mega Shopping Day. Shopee menyediakan permainan Money Wheel. Anda berpeluang untuk Spin & Win sebanyak 2 kali sahaja sehari.
Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah 1 coins dan voucher dari ShopeeMall.
Jemput Rakan / Kenalan Sertai Shopee (Refer A friend)
Untuk cara ini anda hanya perlu mengajak rakan, keluarga atau kenalan anda menggunakan Shopee. Untuk mereka yang pertama kali mendaftar, mereka perlu menggunakan referral kod anda.
Anda akan mendapat 500 coins setelah kenalan anda mendaftar menggunakan referral kod anda dan membuat pembelian pertama di Shopee.
Rakan anda tadi juga akan mendapat diskaun minimum RM40 untuk pembelian pertama di Shopee. Kedua-duanya mendapat faedah, tidak rugi pun.
Anda juga boleh gunakan referral kod yang tertera seperti gambar diatas ARFAH285.
Melalui Pembelian Barang di Shopee
Kalau anda perasan, melalui pembelian barang di Shopee pun boleh dapat Coins secara percuma
Semua pembeli akan dapat 1 coins untuk setiap RM1 setiap kali anda membeli barang dari mana mana penjual Shopee Preferred atau Shopee Mall.
Jumlah coins yang anda terima bergantung kepada harga terakhir order dan tolak dengan kos diskaun dan kos penghantaran.
Anda akan terima shopee coins sebaik sahaja, anda tekan Order Received ataupun Shopee Guarantee telah tamat di Shopee
Contoh di atas ni menunjukkan salah satu pembelian di Shopee Mall. Harga untuk satu barang ini RM299.50 dan anda akan dapat 100 coins sebaik sahaja anda tekan Order Received.
Tawaran coins ini hanya limit sehingga 100 coins bagi satu-satu pembelian sahaja walaupun nilai belian beratus-ratus ringgit. Dalam sehari anda hanya peroleh maksimum 150 coins dan juga 300 coins bagi setiap minggu.
Review Dan Rating Barang Pembelian Di Shopee.
Sekiranya anda memenuhi syarat dengan memberi rating pertama dengan 1 gambar dan 50 character, pembeli akan mendapat 3 coins untuk setiap pembelian di shopee.
Tetapi rating yang dah diedit , tidak dikira sebagai rating yang berjaya.
Baca: 6 Cara Nak Jadi Preferred Seller di Shopee
Cara Menebus Coins
Bila dah tahu cara kumpul Shopee coins, anda boleh gunakan untuk dapat diskaun di setiap pembelian anda di shopee.
Ingat, cuma klik On Shopee coins di ruangan pembelian anda. Sebaik sahaja turn on, Shopee coins akan automatik akan ditolak di akaun shopee anda.
Bagi contoh di atas ini harga sebenarnya RM138.60 tetapi diberi pilihan untuk menggunakan shopee Coins sebanyak 205. Anda juga akan menerima 100 coins sebaik sahaja order ini selesai.
Selain itu, anda juga boleh gunakan shopee coins anda untuk tebus baucer yang ada di shopee.
Tetapi, setiap coins yang anda kumpul akan tamat tempoh selepas 3 bulan kalau anda tidak menggunakannya. Anda juga boleh menyemak berapa baki coins dan tarikh tamat tempoh di akaun shopee anda.
Daily coins rewards > Coins reward page > My shopee coins
Shopee bukan sahaja tempat anda membeli barang. Malah anda juga boleh menjana pendapatan dengan menjadi penjual di Shopee.
Nak belajar dengan pantas cara menjual di Shopee boleh klik pautan dibawah