Antara tips ataupun cara jual barang di Shopee laku keras adalah menjadi penjual yang diutamakan ‘Preferred Seller‘.
Cara nak jadi Preferred Seller di Shopee. Anda boleh ikut cara ataupun kaedah seperti dinyatakan dalam artikel ini.
Preferred Seller
Shopee Preferred Sellers akan dipilih oleh team Shopee yang memenuhi kriteria seperti dibawah:
- Aktif
- Dilindungi dengan baik
- Mempunyai penilaian kedai yang tinggi
- Memberi perkhidmatan pelanggan yang baik
1. Gunakan Gambar Yang Berkualiti

Shopee adalah antara platform edagang dimana pelanggan membuat pilihan membeli barang melalui gambar yang dilihat.
Gambar yang dipaparkan mestilah jelas dari sudut yang berbeza. Supaya pembeli berpuas hati dan yakin untuk membeli.
Tidak salah sekiranya nak membelanjakan wang yang lebih pada kamera atau lampu dan alatan lain yang menjadikan gambar berkualiti tinggi.
2. Keterangan Produk Padat dan Jelas

Keterangan produk juga memainkan peranan penting untuk memberitahu pelanggan mengenai produk dengan lebih jelas dan terperinci.
Cara untuk membuat keterangan yang padat dan jelas adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami.
Senaraikan maklumat produk dalam bentuk point supaya pembaca lebih mudah memahami.
Pastikan keterangan tidak terlalu panjang. Padat dan jelas mengenai fungsi, kelebihan produk, cara penggunaan dan lain-lain.
3. Mobile Friendly
Penggunaan telefon mudah alih menjadi pilihan pengguna pada masa kini. Justeru itu, platform Shopee mampu menjual produk secara dalam talian dalam masa yang singkat.
Sebagai penjual, anda perlu bijak memastikan gambar, cara penulisan keterangan produk mudah dibaca menggunakan telefon pintar.
Pembaca blog RentasSempadan.com ni pun sama juga. Untuk 7 hari lepas seramai 82.9% pembaca gunakan telefon pintar.

Fokuskan kepada telefon pintar. Dengan cara jual barang Shopee seperti ini, kedai atau produk jualan anda mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli.
4. Guna Butang BOOST Untuk Tujuan Promosi
Di shopee, terdapat butang boost yang bolehkan naikkan produk anda. Bila tekan butang boost ni, produk anda akan naik dan akan terpapar pada ruangan atas dalam carian shopee.
Sedikit sebanyak akan membantu anda untuk naikkan jualan anda di shopee
Cara untuk boost produk di Shopee
My shop > My Products > More > Boost

Apa yang bagusnya, anda boleh pilih 5 produk yang anda mahu dan boleh digunakan setiap 4 jam.
5. Alert Dengan Syarat dan Peraturan Shopee

Seperti juga marketplace lain, Shopee juga ada syarat dan peraturan yang anda perlu ikut untuk mengekalkan title Preferred Seller di Shopee.
Anda perlu jadi lebih peka dengan peraturan yang diberikan oleh Shopee, untuk elakkan penarikan balik title Preferred Seller di Shopee.
Anda cuma perlu mengekalkan rekod jualan dan tidak melanggar sebarang syarat ataupun peraturan yang diberikan oleh Shopee.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai syarat dan peraturannya, boleh lihat di laman web Shopee ataupun Shoppe Apps anda.
6. Penggunaan Shopee Seller Assitant
Di dalam akaun shopee anda, ada terdapat satu feature yang boleh membantu menguruskan kedai anda dengan mudah dan pantas. Iaitu Seller Assistant.
Seller Assistant dapat membantu anda uruskan produk, pesanan dan pelanggan. Berikut adalah cara untuk akses Shopee Seller Assistant.
Me > My shop > Seller Assistant

Melalui Seller Assistant, anda boleh dapatkan maklumat kedai shopee anda seperti

- Pelanggan – Semua senarai pelanggan anda akan tersenarai disini.
- Profil Kedai – anda boleh mengedit nama kedai, keterangan kedai anda dan lain lain.
- Tetapan kedai – Anda boleh tetapkan sendiri mengenai mesej, mod percutian dan lain lain.
- Kategori kedai – Boleh cipta kategori produk kedai melalui Seller Centre.
Jika nak tahu cara jadi Preferred Seller dan nak belajar menjual di Shopee dengan pantas boleh klik pautan di bawah.