Tak mustahil sebenarnya menjual di eBay secara sepenuh masa. Alhamdulillah Tim Export Mudah sudah buat eBay secara sepenuh masa sejak hujung 2014. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kami menjual sepenuh masa.
1) Tidak terburu-buru menjual eBay secara sepenuh masa
Jangan buat perkara gila terus buat eBay sepenuh masa. Mahirkan dulu dengan eBay. Sama juga macam perniagaan lain, ada seribu satu masalah yang muncul. Ada yang tak tercapai akal fikiran (pada masa itu) mungkin disebabkan pengalaman.
2) Pastikan simpanan kewangan yang mencukupi
Masa kami menjadi penjual sepenuh masa, simpanan dalam bank sudah ada sekurang-kurangnya 4 bulan. Sekiranya pelan tidak menjadi, ada masa untuk bernafas. Lagi bagus kalau ada simpanan 6 bulan sebenarnya.
Tidak semua orang boleh hadapi tekanan mulakan perniagaan dengan tiada duit simpanan. Kalau bujang ataupun masih solo tiada masalah sangat. Kalau ada anak bini macam mana?
3) Bukan mengharap satu akaun eBay
Bagi yang baru bermula, mahirkan satu akaun eBay dahulu. Selepas jualan konsisten, baru buat akaun eBay yang lain. Takkan lah satu akaun eBay pun tak banyak jualan dah nak sibuk buat akaun eBay yang lain.
Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan cara-cara buat akaun eBay yang lain. Kena ingat ya, mahirkan satu akaun eBay dahulu baru buat akaun eBay yang lain.
4) Ada sparring partner
Bosan tau buat kerja sorang tanpa geng yang satu kepala. Kalau ada masalah boleh bincang sama-sama. Kalau tiada geng dan masalah tu tidak boleh diselesaikan, samada tanggung kerugian ataupun berhenti menjual di eBay.
Ada kalanya tersimpang dari arah tujuan seperti ingin buat dan jual banyak benda, sparring partner ni lah yang bagi nasihat.