eBay sangat mementingkan penjual yang serius dan tidak mendatangkan masalah. Adat berniaga di tempat orang kena ikut peraturan tempat orang.
Kadang-kadang penjual dah buat sehabis baik penyenaraian barang di eBay dengan tulis dengan deskripsi dengan betul. Malangnya pembeli tidak baca dengan betul dan terus beli kerana menyangka barang itu murah.
Kesudahannya penjual juga yang terima akibat. Ini salah satu risiko berniaga di platform eBay. Jika akaun eBay anda ada banyak pembeli yang open cased seperti gambar di bawah. Ada beberapa implikasi yang akan diterima.
Alasan pembeli ada kalanya tidak masuk akal. Dalam diskripsi di eBay sudah terang-terang menyatakan hanya jual barang A sahaja tiada barang B. Tetapi pembeli tidak baca dengan betul dan menyangka ada jual sekali barang B.
Ada juga yang selepas beli dan kemudian berubah fikiran. Jumpa barang orang lain yang lebih bagus harganya. Nasib badan. Biasanya jika beza harga terlalu tinggi menyebabkan pembeli berubah fikiran.
Implikasinya ialah jualan eBay anda akan menurun. Ini perkara biasa. Jangan terkejut jika sebelum ini katakan jualan sehari konsisten ada 3 hingga 5 jualan dengan keuntungan purata RM100 setiap barang. Tiba-tiba terus tiada jualan dalam masa 5 hari. Sedih memang sedih.
Had jualan juga menurun. Jika sebelum ini had jualan bulanan RM500,00 dan selepas banyak open cased ianya menurun dengan banyak. Penyenaraian barang di eBay yang sedia ada akan berjalan seperti biasa tetapi selepas 30 hari akan automatik terhenti lpenyenaraian itu mengikut had penjualan yang baru.
Sebagai contoh seperti gambar diatas, penyenaraian sedia ada 162 unit dan had jualan hanya 129 unit. Selepas 30 hari automatik penyenaraian pembaharuan, mana-mana yang penyenaraian yang melebihi 129 unit akan terhenti dengan sendiri.
Begitu juga dengan nilai jualan. Nilai jualan yang sedia ada adalah RM90,000 manakala jumlah had jualan hanya RM52,000. Ianya juga akan terhenti sendiri selepas 30 hari automatik penyenaraian pembaharuan.
Ada beberapa yang boleh dilakukan jika ingin mengelakkan perkara ini dari berlaku. Antaranya ialah
1) Jual sedikit dahulu barang baru
Kadangkala terlalu teruja bila ada banyak jualan. Tidak tahu pua akan ada masalah yang tak terjangka di masa hadapan. Ini perkara normal. Siapa tak teruja bila sehari ada jualan $2000 USD tapi awas ianya mungkin akan makan diri sendiri.
2) Tanya mereka yang arif dan pakar
Jual benda baru, kena tanya orang yang dalam industri itu. Tengok orang lain terjual banyak lepas tu nak juga tiru orang lain. Walhal penjual itu tahu dan arif tentang produk yang dijualnya.
Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan