Bagi yang baru ingin menjual di eBay, anda boleh gunakan khidmat Pos Malaysia. Ianya sangat mudah dimana anda tidak perlu membuka akaun. Jika ada order dari eBay, bungkus dan hantar guna Pos Malaysia.
Boleh guna Flexipack International Pos Malaysia ataupun anda bungkus sendiri barang tu dan timbang. Kemudian pihak Pos Malaysia akan beritahu berapa yang perlu dibayar. Untuk kos Flexipack International boleh rujuk disini.
Kekurangan menggunakan khidmat Pos Malaysia adalah perlu ke pejabat pos. Ianya mengambil kos masa anda.
Masalah lain pula adalah stok Flexipack International kadang kala habis di pejabat pos berhampiran. Anda boleh juga beli di laman sesawang Pos Malaysia iaitu eziemall.
Selepas anda ada banyak order eBay dan ingin mengoptimumkan masa, boleh daftar dengan kurier ini. Tim kami sendiri menggunakan khidmat kurier ini.
1) Singapore Post
Sudah lebih 5 tahun tim kami gunakan khidmat Singapore Post. Mereka boleh ambil bungkusan dari rumah ataupun pejabat kami. Ianya menjimatkan masa. Untuk mendaftar ada diterangkan dalam Panduan Export Mudah.
2) DHL E-commerce
Selain menyediakan servis untuk penghantaran domestik, pihak DHL E-commerce juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke luar negara. Pihak mereka boleh ambil bungkusan dari pejabat ataupun rumah anda.
3) DHL Express
Ianya berbeza dengan DHL E-commerce. DHL Express untuk penghantaran segera ke luar negara. Biasanya ianya mengambil masa hanya 3 hingga 5 hari bekerja untuk sampai ke destinasi ke luar negara.
Boleh lihat contoh ini. Hantar pada hari Jumaat 13 Disember 2019 dan pembeli ini dapat barang ini pada hari Isnin 16 Disember 2019. Cepat tak?
Status menunjukkan yang pembeli sudah terima barang
Kos penghantaran menggunakan DHL Express adalah sangat mahal sekiranya anda tidak buka akaun dengan DHL.
Apa kriteria dan cara-cara nak mendaftar dengan kurier ini?
Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan tentang cara-cara untuk mendaftar dengan kurier ini. Apa kriteria dan dokumen yang diperlukan pun ada diterangkan.
Boleh tak saya nak hubungi encik personally untuk tanya berkaitan pos ke overseas ni?
untuk hantar ke luar negara boleh guna ni https://rentassempadan.com/cara-hantar-barang-ke-luar-negara-menggunakan-web2ship/
Hi, nak tanya, berapa harga flexipack nk ship to US ?
Sudah tidak boleh hantar ke luar negara menggunakan Flexipack International
hi.. boleh saya tanya personal.. cara nak. hantar barang makanan untuk business ke Brunei.. apa syarat2 ya..
Boleh gunakan khidmat DHL Express untuk hantar ke Brunei. Selepas dah buka akaun DHL mereka akan guide cara² nak hantar dengan gunakan sistem DHL. Terima kasih.
berapakah harga , jika surat , baju (sehelai) dan gambar ( 5 keping ) dihantar ke negara indonesia?
boleh cuba servis ni https://rentassempadan.com/cara-hantar-barang-ke-luar-negara-menggunakan-web2ship/
Salam
Maknanya dah boleh pos pakej@kotak ke oversea@UK ????
Sebab last year up until Jan2021 masih tak boleh pos to Uk….
Memang boleh hantar barang ke luar negara. Yang dah stop servis tu Pos Malaysia. Kurier lain masih boleh digunakan.
Kalau hantar frozen food ke singapura macam mana?
tak pasti sebab kalau frozen biasanya perlu lori khas yang ada fridge.
Saya pernah hantar guna pos malaysia tapi kena tahan dengan kastam australia dan kena bayar cukai. Di sebabkan bayar dalam dollar, kos tu agak tinggi. Ada cadangan tak nak selesaikan masalah ini?
kalau declare value tinggi biasanya kena cukai. kalau declare rendah jika barang hilang pihak kurier akan gantai pampasan ikut value declare. memang perkara biasa kena cukai.
Harga shipping ke us berapa. Saya baru berjinak jinak dalam E-commerce
Boleh baca disini https://rentassempadan.com/cara-hantar-barang-ke-luar-negara-menggunakan-web2ship/
ataupun disini https://rentassempadan.com/?s=flickpost
Terima kasih.
Assalamualaikum, saya baru berjinak2 utk berniaga barang2 kering di luar negara, seperti kicap, biskut dan sebagainya, bagaimana nk arrange penghantaran dan brapa cost penghantaran ke luar negara? Terima kasih
Wasalam. Untuk hantar barang ke luar negara boleh rujuk disini https://rentassempadan.com/?s=flickpost
dan juga disini https://rentassempadan.com/cara-hantar-barang-ke-luar-negara-menggunakan-web2ship/.
Kos penghataran ada dalam portal web2ship dan juga flickpost. Terima kasih.
Airpods boleh hantar ke Singapore?
Boleh tanya kurier yang nak pakai tu. Biasanya boleh.
Nak tanya sikit ni.. servis flexipack colour mana nak pick kalau nak sent barang dalam 250g ke shenzen china? Pening sikit ni ..sebab tngok dalam map shenzen tu dekat ngan hongkong tapi pilihan penghantaran untuk flexipack colour magenta just ada hongkong xda pula tulis china? .pilih colour blue or magenta?
Flexipack international masih belum boleh guna lagi buat masa ini.
0oo.. jadi pos apa lagi yg menyediakan perkhidmatan international? Buat masa sekarang?
Nak pos barang ke singapura tp ada liquid item boleh ke?
Ada kurier yang boleh hantar. Bergantung kepada barang tu. Boleh tanya kurier yang nak digunakan tu untuk tahu lebih lanjut.
Saya nak tanya kalau Kota Kinabalu post ke Arab Saudi Yanbu berapa ya ?
Banyak faktor. Boleh tanya pihak kurier yang nak digunakan tu untuk tahu senarai harga.
Barang elektrik kene cukai?