Untuk case study ini, pembeli sudah dapat barang kemudian tidak puas hati dengan penjual. Alasannya adalah penjual jual dengan harga yang mahal sedikit daripada orang lain.
Memang tak masuk akal langsung. Alasan yang tidak munasabah. Lepas tu pembeli ini terus bagi negative feedback. Memang nasib tak baik.
Sebelum hantar untuk kepada pembeli untuk menukar negative feedback yang mereka berikan, pastikan sudah ada persetujuan daripada pembeli dan juga penjual.
Penjual ini yang juga pembeli Panduan Export Mudah membuat sedikit kesilapan. Hantar request feedback revision dahulu sebelum menyelesaikan masalah dengan pembeli.
Pembeli hanya ada masa 10 hari untuk mengubah feedback yang mereka berikan. Selepas memulangkan separuh daripada nilai pembelian, tempoh sepuluh hari sudah berakhir. Pembeli tidak boleh ubah feedback.
Pembeli ini rasa bersalah. Separuh refund sudah dapat dan tak boleh ubah feedback. Pembeli ini menghubungi eBay dan penjual juga menghubungi eBay untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Akhirnya negative feedback ini dapat ditukar kepada positve feedback.