Sangat penting untuk tahu samada orang yang berurusan dengan kita itu adalah scammer ataupun tidak. Cara yang mudah ialah kita lihat domain email mereka.
Bagi yang tidak mengetahui apa itu domain, ianya adalah alamat sesuatu laman sesawang. Contohnya sekarang ini anda sedang baca artikel di laman sesawang RentasSempadan.com << ini adalah domain.
Contoh transaksi daripada PayPal
1. Memang dari pihak Paypal.
Lihat domain diatas service@int.paypal.com. Yang hujung sekali .paypal.com jadi ianya memang sah dari PayPal. Sekiranya lain dari nama domain ini anda perlu berjaga-jaga
2.Email pembayar ataupun pembeli.
Ianya jelas tertulis disini.
3. Email penerima iaitu email anda.
Ianya jelas tertulis disini.
4. Tarikh dan juga masa transaksi jelas ditunjukkan disini.
Sekarang mari lihat contoh email scammer yang hantar email. Scammer ini menipu dengan mengatakan sudah membayar satu transaksi kepada penjual.
Apabila penjual ini menyemak di akaun PayPal tiada transaksi. Penjual ini yang juga merupakan peserta Bengkel Export Mudah menujukkan email yang diterima daripada pembeli. Ianya jelas suatu penipuan.
Jelas sekali ianya berbeza dengan contoh transaksi sebenar PayPal seperti dinyatakan diatas.