Adakah mustahil untuk mula menjual di eBay dengan tidak mengeluarkan duit anda sendiri? Ianya hampir mustahil dan jika bertuah, anda boleh mulakannya dengan tidak keluarkan duit dari poket anda. Ada 2 cara iaitu
1) Gunakan kad kredit
Anda perlu tahu tarikh akhir pembayaran kad kredit anda. Biasanya ianya dalam masa sehingga 45 hari dari tarikh anda guna kad kredit bergantung kepada bank. Yang penting anda perlu tahu tarikh akhir yang perlu dibayar.
Ideanya anda beli barang, kemudian jual di ebay. Jangan beli sembarangan barang. Kaji dulu barang yang berpotensi laku di ebay macam dalam Panduan Export Mudah. Anda boleh kurangkan potensi barang tak laku dan simpan stok dibawah katil.
Boleh beli barang yang menggunakan kad kredit seperti beli barang di Shopee ataupun kedai. Selepas barang terjual boleh poskan barang gunakan khidmat Pos Malaysia. Ini pun anda boleh beli secara dalam talian menggunakan kad kredit.
2) Pinjam duit kenalan
Cara ini yang saya gunakan mula-mula menjual di eBay dahulu. Kemudian sampai satu masa saya stuck dan tak tahu nak buat apa. Pada masa itu saya datang ke bengkel dan membeli ebook. Saya pinjam duit dari kenalan saya!
Selepas mempelajari ilmu baru kemudian saya aplikasikan secepat mungkin. Ingat ye, semakin cepat anda bertindak semakin cepat anda dapat hasil. Alhamdulillah saya berjaya membuat banyak jualan dengan ilmu yang baru. Memang berbaloi.
Berapa modal yang diperlukan?
Ini semua bergantung kepada barang yang anda ingin jual. Semakin tinggi nilai barang yang anda jual semakin tinggi kos permulaan. Jika modal kecil mulakan jual barang yang murah dahulu. Jika tiada masalah modal boleh terus jual barang yang nilainya tinggi.
Mulakan menjual barang yang nilainya kecil dahulu untuk tahu proses menjual dan menghantar barang di eBay. Apabila sudah mahir dengan prosesnya dan tahap konfiden sudah tinggi baru jual barang yang nilainya tinggi.