Modal yang paling minima disini bermaksud modal kewangan. Terdapat banyak kriteria yang perlu ada untuk memulakan ebay dengan kos yang paling minima.
1) Mempunyai telefon pintar ataupun laptop beserta talian internet
Untuk membuat akaun eBay, anda tidak digalakkan untuk berkongsi talian internet. Telefon pintar ataupun laptop untuk mendaftar akaun eBay dan juga PayPal.
2) Mempunyai kad kredit ataupun kad debit yang mempunyai logo Visa ataupun Mastercard
Kebiasannya semua kad kredit boleh digunakan untuk membuka akaun eBay dan PayPal. Pastikan anda hubungi bank untuk membuka sekatan pembelian di luar negara. Tujuannya adalah untuk mendaftar akaun eBay dan PayPal.
Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan 3 bank yang tak boleh digunakan kad debit untuk mendaftar akaun eBay. Cuba dahulu kad debit anda. Sekiranya tidak boleh baru cuba kad debit bank lain.
3) Berapa kos untuk membuka akaun eBay dan PayPal
Tidak sampai RM15. Untuk buka akaun PayPal perlu ada RM10. Duit itu akan masuk kembali ke akaun PayPal anda selepas berjaya membuka akaun. Jadi, hampir tiada kos untuk membuka akaun eBay dan PayPal.
4) Jual barang yang ada di rumah
Contohnya mainan McDonald yang dapat untuk set Happy Meal pun boleh terjual di eBay. Anda boleh lihat contoh ini.
Harga terjual hampir $30 USD iaitu bersamaan dengan RM 120. Siapa boleh bagi kan? Sambil-sambil makan di MacDonald dan dapat mainan, jual terus di eBay. Penjual dari Malaysia yang jual dan sudah laku mainan ni.
5) Jual barang yang murah
Jika dilihat penjual ini menjual acuan membuat kuih di eBay. Modal beli barang ini tak sampai RM10. Penjual dari Malaysia ni dah terjual 2 unit dengan nilai $ 15.45 USD termasuk penghantaran. Ini bersamaan RM 53.
Jika ditolak dengan kos penghantaran, kos membeli barang dan juga caj yang dikenakan oleh eBay dan Paypal, penjual ini dapat untung kasar RM 25. Kos ini ada diterangkan dalam Panduan Export Mudah.
Jadi berapa kos yang diperlukan sebenarnya ni?
Bergantung kepada barang yang anda nak jual. Lagi tinggi kos barang yang nak dijual lagi tinggi modal yang diperlukan.