Banyak khazanah negara telah terjual di eBay. Rata-rata penjual yang menjual khazanah negara ini bukan dari Malaysia. Mereka in pengumpul barang antik dan menjual balik dengan harga yang agak tinggi.
Bagi collector tiada masalah dengan harga untuk menjual dan juga membeli barangan antik. Ada juga kes dimana selepas bapa mereka meninggal, barangan antik dijual oleh anaknya. Macam di Astro History Channel, The Pickers.
Mari kita lihat 5 barangan khazanah negara yang terjual berdasarkan tajuk jualan mereka di eBay
1) (Perak State) Tin Rooster ‘Ayam Jago’ Money/Token “RIVER FOUND” 18th Century RRR
Khazanah dari negeri Perak ini terjual dengan harga $250 USD dengan kos penghantaran sebanyak $12 USD. Penjual dari Singapura yang menjualnya. Menurut Terapeak, pembeli dari Amerika Syarikat yang membelinya.
2) Antique Chinese Silver Top Malacca Cane Repousse Dragon Design 87cm
Terjual dengan harga £68.00 dengan kos penghantaran £7.50. Penjual dari United Kingdom yang jual. Menurut deskripsi penjual ini di eBay.
It is a family piece which I bought for my late father for Christmas, 1981, at a flea market in Southsea.
Barang mendiang bapa penjual ini. Sama seperti cerita The Pickers di Astro History Channel. Menurut Terapeak, pembeli dari United Kingdom yang membelinya.
3) British India Service Medal 1854 With Perak Clasp to Private T Ryman 80th Foot
Penjual dari Australia yang menjual barang ini. Harga terjual sebanyak $499.90 AUD termasuk kos penghantaran. Jika ditukar kepada ringgit malaysia bersamaan hampir RM1,400. Menurut Terapeak, pembeli dari United Kingdom yang membelinya.
4) Malaysia (Malacca) KM8 Keping AH1247 Rare Brockage error
Barangan ini dijual oleh penjual dari Canada. Telah terjual dengan harga $179.00 USD dengan kos penghantaran sebanyak $12.00 USD. Menurut Terapeak, pembeli dari Malaysia yang membelinya.
5) Malacca, Malaya, Keping, AH1247, Extra Fine, Nice Detail, Rooster, Copper
Ianya dijual secara bidaan. Penjual dari Amerika Syarikat ini mula menjual dengan harga $0.99 USD dan pemenang bidaan ini membeli dengan harga $70.10 USD. Menurut Terapeak, pembeli dari China yang membelinya.
Saya nk jual barang2 antik dan mistik … tolong hubungi saya
Boleh jual di eBay sebagai salah satu platform jualan. Kalau tak tahu nak mula menjual di eBay boleh dapatkan Panduan Export Mudah