Jika hendah hantar barang yang besar dan berat, salah satu kurier yang Tim Export Mudah gunakan adalah DHL Express. Sudah 4 tahun tim kami menggunakan khidmat DHL Express.
Contoh diatas adalah penghantaran dari salah seorang Tim Export Mudah. Untuk penghantaran satu barang ini dengan berat 140.50 kilogram.
Untuk servis penghantaran dari DHL Express, terdapat FUEL SURCHARGE iaitu kos minyak. Bukan DHL sahaja yang kenakan fuel surcharge, kurier express lain pun ada mengenakan caj ini.
Kos ini berubah-ubah mengikut harga minyak semasa. Fuel surcharge mungkin akan naik, mungkin akan turun ataupun tidak dikenakan selari dengan harga semasa pasaran minyak. Ianya adalah praktis yang normal dalam industri.
Selain fuel surcharge, dimensi juga menjadi faktor dalam pengiraan berat. Apa yang dimaksudkan dengan dimensi ialah sekiranya barang dengan berat 1 kilogram tetapi saiz dimensi barang adalah 4.05 kilogram, maka DHL akan mengira mengikut dimensi iaitu 4.05 kg. Ianya juga adalah praktis yang normal dalam industri.
Untuk lebih memahami bagaimana dimensi dikira sebagai berat sesuatu barang ambil contoh dibawah.
Katakan anda menggunakan kotak diatas dan berat barang termasuk kotak adalah 1 kilogram. Dimensi kotak diatas adalah 4.05 kilogram, maka pihak DHL akan kira 4.05 kilogram dan bukannya 1 kilogram. Macam mana mereka mengira dimensi adalah seperti dibawah
Panjang (cm) x Tinggi (cm) x Lebar (cm) / 5000
33.5 cm x 30 cm x 20 cm / 5000 = 4.05 kilogram
Pengiraan ini sangat penting untuk mengira kos penghantaran. Jangan sampai tersilap kerana banyak perbezaan untuk kos penghantaran 1 kilogram dengan 4.05 kilogram. Silap hari bulan anda menanggung kerugian jika tersalah kira.
Ada juga kurier yang pengiraan mereka sama seperti DHL dan ada juga yang berbeza. Anda perlu tanya mereka cara pengiraan dimensi ataupun juga dikenali sebagai volume metrix.
Jika tiada akaun kurier dan ingin hantar barang ke luar negara boleh klik pautan di bawah