Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Export Mudah eBay yang diadakan di Segamat pada Sabtu lepas iaitu 11 Januari 2020. Paling dekat peserta yang hadir adalah dari Segamat, Johor manakala paling jauh adalah peserta dari Sarawak.
Dalam bengkel Tim Export Mudah tunjukkan cara-cara untuk mencari barang untuk dijual. Barang-barang yang biasa pada kacamata orang Malaysia ditunjukkan kepada peserta bengkel. Barang-barang ini memang dijual oleh Tim Export Mudah sendiri.
Faris juga memberi kata-kata semangat kepada peserta supaya take action tentang apa yang dipelajari dalam bengkel dan juga strategi dan pengalaman beliau dalam menjalankan bisnes dengan eBay.
Selain Faris, peserta juga dibimbing oleh Pok Nik, Asari dan juga Shahrul Johor. Mereka ni juga menjual banyak barang di eBay.
Pok Nik (sebelah kiri), Asari (tengah) dan juga Shahrul Johor (sebelah kanan)
Bersama peserta dari Sarawak (dua dari kiri)
Malam sebelum bengkel kami Tim Export Mudah berdiskusi tentang perancangan apa yang diajar keesokan hari. Alhamdulillah saudara Faris belanja untuk makan malam.
Semoga peserta ambil tindakan dan aplikasikan apa yang dipelajari dalam bengkel. Untuk bengkel seterusnya tim kami akan umumkan.