PayPal adalah perkhidmatan yang menyediakan cara yang cepat dan pantas untuk menerima pembayaran dan juga membuat pembayaran. Anda boleh menghantar duit, menerima duit, membuat pembayaran dari seluruh dunia.
Bagaimana ianya berfungsi?
Anda mendaftar di laman PayPal dengan menggunakan email. Apa yang anda perlukan adalah kad debit ataupun kad kredit. Walaupun anda mendaftar menggunakan kad debit ataupun kad kredit, jika anda ingin membeli barang ataupun menghantar barang apa yang diperlukan adalah email anda sahaja.
Sebagai contoh jika ingin membeli barang di eBay, hanya perlu masukkan email dan kata laluan PayPal anda dan pembayaran sudah boleh dilakukan.
Jika menjual di eBay pun sama juga. Anda hanya perlu memasukkan email anda di eBay dan selepas pembeli membayar, anda akan dapat notifikasi dari PayPal seperti di bawah.
Butiran mengenai pembelian juga ada dinyatakan dalam email yang sama. Boleh rujuk di bawah
1. Nama pembeli
2. Alamat pembeli
3. Butiran barang yang dibeli di eBay
4. Harga barang yang dibeli
5. Pembayaran dilakukan ke email anda
Selepas dapat pembayaran dan barang itu dihantar kepada pembeli, anda boleh keluarkan duit dari akaun PayPal ke bank tempatan. Biasanya ianya mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja.
Untuk pengeluaran melebihi RM400 tiada yuran yang dikenakan manakala sekiranya kurang dari RM400 pihak PayPal akan mengenakan caj sebanyak RM3.
Adakah PayPal ini untuk eBay sahaja?
Tidak. Sekiranya website yang anda ingin beli ataupun menjual ada logo PayPal, maka anda boleh gunakan.