Tidak semua barang penjual baru boleh jual di eBay. Sebabnya adalah mudah. Mungkin penjual baru tiada ataupun kurang sumber. Sumber yang dimaksudkan disini adalah
1) Sumber Kewangan
Tanya diri anda, berapa modal yang anda boleh keluarkan. Untuk penjual baru di eBay setiap jualan yang berjaya dilakukan, bayaran anda kena hold payment 21 hari. Selepas 21 hari baru dapat bayaran order itu jika tiada open cased dari buyer.
Berapa banyak barang yang anda jual dan boleh rolling duit. Dalam masa 21 hari katakan ada 10 order, boleh kah anda dahulukan duit anda.
2) Kurier yang digunakan
Ini pun faktor penting juga. Penjual lama mereka hantar dengan kuantiti yang banyak. Kos penghantaran mereka dapat dari syarikat kurier rendah jika dibandingkan dengan penjual yang baru.
Syarikat kurier ada beberapa kriteria yang diberikan untuk dapatkan kos penghantaran murah seperti berapa penghantaran setiap bulan, konsisten order setiap bulan dan juga rekod pembayaran bil dengan mereka.
Hubungan baik antara anda dengan pengurus jualan syarikat kurier pun memainkan peranan juga. Jika hendak dapatkan kos penghantaran yang rendah perlu ada kelulusan daripada pihak atasan. Yang rekomen adalah pengurus jualan.
3) Simpan stok
Penjual lama dan penjual yang besar boleh beli barang dengan kuantiti yang besar dan banyak. Mereka dapat murah dan tiada masalah untuk simpan stok kerana ada pejabat ataupun gudang.
Apa yang perlu dibuat?
1) Cari barang yang terjual lebih dari $12 USD
Kos penghantaran ke luar negara sudah meningkat untuk Flexipack International Pos Malaysia. Kos pailng rendah adalah RM 18 untuk Flexipack saiz paling kecil dan juga RM 10.50 untuk pos daftar.
2) Jual barang yang tinggi harganya selepas payment tidak kena hold
Bukan selama-lamanya order di eBay anda akan hold payment. Selepas dapat order yang tidak hold payment, jual terus barang dengan harga yang tinggi. Lagi mudah untuk rolling duit.
3) Cari niche yang kurang persaingan
Yang bahagian ni bergantung kepada kreativiti masing-masing. Ada yang pandai dan senang jumpa barang yang berpotensi. Boleh tengok barang apa yang terjual banyak di Shopee kemudian buat carian di eBay. Mana tahu ada rezeki anda.
Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan tentang cara-cara untuk cari produk yang laku. Insha Allah jika rajin dan tekun cari produk yang laku akan jumpa juga.