Pening kepala fikir nak buat modal pusingan di eBay 21 hari. Tak semua orang ada modal yang besar. Kalau modal tak besar boleh cuba cara ini. Seleoknya biar ada jualan dulu. Biar nampak jalan dan sinar dulu.
Ye lah, nanti orang yang nak pinjam duit tu tanya. Ada modal nak jawab. Boleh tunjuk contoh jualan yang berjaya dilakukan. Orang yang dah ada jualan di eBay ni konfiden sikit berbanding dengan orangyang masih tiada jualan di eBay.
Pinjam dengan pasangan
Tanya dulu pasangan, boleh pinjam tak duit. Beritahu plan dan tindakan yang akan dilakukan bagi memastikan boleh bayar duit yang dipinjam tu. Ingat ye, walaupun pasangan jangan lupa nak bayar bila dapat untung.
Pinjam dengan ibu bapa
Ibu bapa mana yang taknak tolong anak. Kebiasaannya mereka juga ingin kepastian yang anda boleh bayar balik. Ada juga yang tidak kisah kerana ingin menolog anak. Ingat ye, perlu bayar balik kerana keberkatan itu ada disitu.
Pinjam adik beradik
Mana tahu ada adik berdik yang boleh tolong. Siapa tahu. Kadang-kadang tengok mereka pakai kereta biasa-biasa tetapi sebenarnya mereka ada duit yang banyak sebab komitmen bulanan yang sedikit. Jangan tak bayar pula, nanti putus saudara.
Pinjam kenalan
Secara logiknya ni ranking yang paling susah sekali. Kenalan yang tiada talian persaudaraan. Boleh cuba mana tahu ada hasil.
Tunjukkan sedikit hasil menjual di eBay yang sudah dapat. Ini baru bertambah keyakinan pada mereka yang ingin meminjankam modal. Secara logiknya sudah ada jualan baru boleh dan senang untuk pinjam duit modal.
Jika belum ada jualan lagi kebiasaannya agak sukar. Namun ianya tidak mustahil. Mana tahu ada rezeki.
Menjual di eBay sama juga macam menjual di paltform lain. Sama juga macam berniaga secara offline. Semakin banyak sumber yang berkualiti semakin tinggi peluang untuk berjaya.