5 langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes di ebay dengan modal yang paling minima
Bagi mereka yang menghadapi kekangan modal untuk memulakan bisnes dengan menggunakan platform di eBay, disini akan diterangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan dengan modal yang paling minima.
Ada sesetengah kes tanpa modal langsung. Ianya bergantung kepada sumber yang anda sedia ada miliki.
Langkah pertama
Perlu mempunyai debit kad ataupun kredit kad. Pastikan mempunyai baki RM50 keatas. Sebelum membuka akaun ebay call bank pengeluar kad debit dan meminta mereka membuka sekatan international purchase. Sekiranya anda sememangnya sudah ada kad debit dan baki RM50, tiada modal lagi yang diperlukan.
Langkah kedua
Membuka akaun ebay. Ebay adalah platform untuk menjual barang. Ianya mudah seperti membuka akaun gmail.
Kemudian buka akaun PayPal. PayPal digunakan untuk menerima pembayaran. Anda akan mendapat emel daripada PayPal sekiranya jualan berjaya dilakukan. Contoh emel adalah seperti dibawah

Ada satu sindrom jika anda baru bermula buat bisnes di ebay iaitu sindrom periksa emel. Ramai yang mengalami sindrom ini untuk periksa samada ada order ataupun tidak. Bangun tidor anda akan periksa ada order ataupun tidak.
Langkah ketiga
Buat market research barang apa yang hendak dijual. Anda boleh gunakan platform ebay sendiri untuk mencari barang apa yang boleh dijual.
Boleh menggunakan fungsi “sold listing” untuk mencari barang apa yang boleh dijual. Contoh digunakan dengan menggunakan keyword “egg” dan salah satu hasilnya adalah seperti dibawah

Sudah ada 3 jualan untuk Kinder Joy ini. Anda boleh buat market research mengikut keyword yang lain dan boleh lihat hasilnya.
Dalam Panduan Export Mudah ada ditunjukkan cara untuk cari produk untuk dijual. Dengan teknik mudah dan percuma akan dapat lihat beribu-ribu barang yang terjual.
Langkah keempat
Anda boleh listkan barang yang ada potensi untuk laku di eBay. Sekiranya barang yang berpotensi untuk laku sudah ada di rumah anda, tiada modal lagi yang perlu dikeluarkan.
Langkah kelima
Sekiranya barang anda sudah terjual anda boleh menghantar barang ini menggunakan khidmat Flexipack International dari Pos Malaysia.
Terkini, bermula 3 Ogos 2020 Pos Malaysia hentikan perkhidmatan Flexipack. Boleh guna khidmat lain seperti web2ship ataupun flickpost.
Pastikan anda sudah menerima emel dari PayPal sebelum menghantar barang. Ada juga penjual ebay yang baru dimana barang yang sudah terjual di ebay tetapi masih belum menerima pembayaran dari PayPal, barang itu dihantar.
Tq.. Ada kelas ebay ke
Buat masa ini kami stopkan dahulu.
Apa kriteria untuk meletakkan harga dalam USD?
Pastikan harga jualan untung ditolak dengan kos eBay, kos PayPal, Kos beli barang dan kos penghantaran. Kalau tak pasti dalam Panduan ExportMudah.com ada ditunjukkan.
thanks you atas info yang diberi….
bagaimana dengan kos penghantaran?
Boleh refer DHL or web2ship.