Pembekal yang bagus adalah salah satu penentu survival anda di ebay
Bukan sahaja di ebay, di mana-mana marketplace lain pun pembekal adalah salah satu komponen yang penting dalam menentukan survival. Untuk permulaan anda boleh beli barang secara dalam talian sahaja.
Informasi
Semakin banyak barang anda terjual, anda perlukan informasi yang ada dalam industri anda. Informasi inilah yang pembekal ataupun pemborong anda ada ataupun tahu.
“You kenal ke dengan penjual ebay ni? Kenapa saya tengok dia jual barang kat ebay murah. Kamu bagi harga sama dia lagi murah ke dari saya?
Ya, saya kenal. Ini orang ada gila sikit. Jual barang untung sikit sangat. Dia asalkan barang terjual sahaja sudah cukup. Duit jualan dia buat pusingan modal untuk bisnes lain.
Yang ni pun saya kenal. Dia memang sekali beli banyak. Beza dia punya diskaun dengan kamu punya sikit sahaja. Dalam 5% sahaja. Tapi dia sekali beli banyak. Harga dia jual kat ebay pun bukannya murah sangat”
“Kenapa saya tengok dekat website shopee dan lazada jual lagi murah daripada kamu punya kedai?
Bos, itu seller deal direct dengan principal. Itu kilang. Biasanya itu orang tidak simpan stok. Dia jualkan sahaja. Sebab itu dia jual murah.
Barang memang original. Kalau ada laku dia suruh kilang bungkus dan hantarkan terus kepada pembeli. Sebab itu dia jual murah. Dia tiada risiko.”
Ini adalah serba sedikit soalan yang biasa ditanya kepada pembekal. Tanya soalan yang betul dan kalau ada rezeki pembekal akan jawab.
Jika pembekal anda tidak ada barang yang anda cari, boleh tanya terus kepada mereka. Kebiasaannya mereka akan memberi nombor pembekal yang lain.
Tahap keyakinan
Tahap keyakinan anda juga memainkan peranan yang penting. Skil ini memang susah hendak cari. Biasanya berdasarkan pengalaman.
Mungkin selepas beberapa kali berurusan dengan pembekal diatas talian, anda perlu berjumpa dengan pembekal. Minta kebenaran untuk mengambil gambar. Gambar ini anda boleh gunakan untuk dijual di ebay.
Tiada modal diperlukan. Maklumkan kepada mereka sekiranya ada barang baru, emelkan kepada anda.
Risiko barang tidak laku
Tanya kepada pembekal anda samada barang yang anda beli boleh pulangkan balik ataupun tidak sekiranya tidak laku. Mereka akan beritahu anda mana barang yang sudah dibeli boleh pulangkan balik dan mana barang yang tidak boleh.
Anda boleh kurangkan risiko barang yang tidak laku terbiar begitu sahaja. Dalam contoh di bawah, 2 barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan kembali
Kredit
Ada juga pembekal yang boleh beri kredit kepada anda. Contohnya barang yang dibeli pada hari ini dan hanya perlu bayar dalam masa 60 hari.
Dan untuk permulaan anda akan diberi amaun kredit yang sedikit sahaja. Selepas lama berurusan dengan pembekal, kredit anda akan naik.
Kelebihan yang besar jika anda dapat kredit daripada pembekal untuk stok barang anda. Jika anda menggunakan khidmat kurier selain daripada Pos Malaysia, mereka juga beri kredit.
Anda guna hari ini dan hanya perlu bayar selepas dapat bil iaitu kebiasaannya sebulan daripada tarikh hari yang anda gunakan. Barang anda dapat kredit, yuran ebay dibayar sebulan sekali dan khidmat syarikat kurier juga dibayar sebulan selepas anda gunakan. Hampir tiada kos yang perlu dikeluarkan.