Untuk akaun baru menjual di eBay, semua pembayaran yang diterima akan eBay tahan selama 21 hari. Jika tiada masalah seperti pembeli tidak komplen, wang anda akan dapat selepas 21 hari. Jika terdapat komplen anda perlu selesaikan masalah itu dahulu.
Katakan tiada komplen, duit anda kena tahan selama 21 hari. Kalau order tidak banyak tiada masalah. Kalau banyak memang pening kepala nak buat pusingan modal.
Gambar diatas menunjukkan kena hold bayaran lebih $8000 USD. Lebih RM30,000 bayaran kena hold
Idea ini agak berbahaya juga dan tidak semua orang ada keistimewaan ini. Ianya diibaratkan dengan pisau. Jika pandai menggunakannya maka cepat dan sedap makanan disediakan manakala kalau tidak pandai menggunakannya maka berdarah tangan. Ideanya ialah gunakan
Kad Kredit
Ye, tak ramai yang ada kad kredit dan ramai juga terjerumus kedalam hutang yang tak berkesudahan hanya dengan kad kredit. Yang penting kena displinkan diri gunakan dan selepas pembayaran tidak hold, terus buat bayaran kad kredit.
Tidak semua pembekal yang menerima pembayaran melalui kad kredit. Cari pembekal yang terima kad kredit. Tak tahu mana pembekal yang terima kad kredit? Mudah sahaja. Di Shopee dan Lazada anda boleh bayar menggunakan kad kredit.
Ada masa 20 hingga 50 hari
Bergantung kepada bank dan tarikh akhir pembayaran kad kredit anda, biasanya ada masa paling minimum 20 hari dari tarikh hari ini anda perlu bayar kredit kad. 50 hari adalah paling maksimum. Contoh seperti gambar diatas, transaksi pada 27 Jun 20 perlu dibayar sebelum ataupun pada 17 Ogos 2020.
Apa risikonya guna kredit kad
1) Tiada displin pembayaran
Rasa duit macam banyak sahaja. Walhal tu duit untuk bayar kad kredit. Ni perkara biasa berlaku. Ingat kunci utama adalah displin dari diri sendiri.
2) Ada komplen dari pembeli
Jika baru menjual di eBay jangan terus teruja jual barang mahal. Memang teruja bila kira dapat untung yang banyak. Kadang-kadang ada perkara yang tidak nampak dan tidak terjangkau akal fikiran. Jadi kalau jual barang tidak berapa mahal dan ada komplen tiada masalah sangat
3) Barang lambat sampai
Yang ni memang biasa dari pengalaman. Yang dah lama menjual akan tahu mana negara yang cepat sampai dan kurier apa yang perlu pakai jika dapat order yang besar. Kalau tiada pengalaman pun tidak apa, boleh rujuk Panduan Export Mudah.
Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan