Bagi yang ingin membeli barang di Shopee tetapi tiada perbankan internet ataupun tidak yakin tiada masalah. Cara pembayaran shopee boleh dilakukan di 7-Eleven.
Had transaksi untuk Pembayaran Tunai di 7-Eleven setakat ini telah ditetapkan RM1500.
Cara Pembayaran Tunai di 7-Eleven
Berikut adalah cara pembayaran shopee sekiranya anda menggunakan kaedah pembayaran tunai di 7-Eleven.
Kaedah Pembayaran
Selesai memilih barang, pergi ke ‘Checkout’ seperti biasa untuk proses pembayaran.
Tekan pada ‘Payment Option’ untuk memilih kaedah pembayaran.
Tukar kepada ‘Cash Payment at 7-Eleven’. dan ‘Confirm’
Slip Pembayaran
Setelah menetapkan kaedah pembayaran klik pada ‘Place Order’
Terpapar slip pembayaran anda. Anda boleh muat turun slip pembayaran untuk digunakan pada lain waktu.
Selain itu, anda juga akan menerima SMS di telefon bimbit anda dengan ID transaksi yang akan digunakan di 7-Eleven nanti.
Baca : 5 Idea Bisnes waktu PKP secara sambilan boleh jana untung sehingga 4 angka
7-Eleven
Terus ke mana-mana cawangan 7-Eleven berdekatan anda untuk membuat pembayaran secara tunai.
Tunjuk kod bar daripada gambar yang telah anda muat turun dan kod bar tersebut akan diimbas.
Atau buka semula akaun Shopee anda dan Klik ‘Me’ > ‘ My Purchase ‘ > ‘ To Pay ‘ > ‘ Pay Now ‘ untuk menunjukan semula slip pembayaran.
Pengesahan Transaksi
Setelah pembayaran anda secara tunai 7-Eleven dibuat, transaksi anda akan disahkan. Order anda akan di kemaskini ke status ‘Paid‘.
Bagi menggunakan kaeadah pembaran tunai 7-Eleven ini, amaun minimum yang perlu dibayar adalah RM1.10
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus layari laman web Shopee Help Centre atau email dan telefon di talian 03 2777 9222.
Oh ye. Bagi yang ingin jana pendapatan melalui Shopee secara dropship boleh dapatkan Panduan Auto Shopee. Anda tak perlu simpan stok, tak perlu pos barang dan hanya perlu ambil untung.
Yang menariknya boleh buat secara sambilan. Siapa tahu dari pendapatan sambilan ke sepenuh masa.
Klik pautan bawah untuk mendapatkan panduan cara berniaga di Shopee
bayar kat 7e tu bole pakai paywave la kan? ke perlukan cash jugak?