Barang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang laku di eBay

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Barang lama ataupun nama glamour nya barang vintage memang ada permintaan. Apa yang dimaksudkan dengan barang vintage adalah barang yang lebih dari 20 tahun. Ini bermakna barang dari tahun 2000 kebawah sudah masuk dalam kategori vintage.

Salah satu contoh barang vintage adalah P Ramlee. Siapa tak kenal Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Budak kecil pun kenal. Mana tak nya. Dalam cerita Upin dan Ipin pun ada buat lakonan semula cerita Allahyarham.

Mat Tahir ke Mata Air? Siapa yang tak kenal Sazali? Ketua yang paling jahat di Singapura.Panjang 7 kaki, lebar 3 kaki, dalam dia sama dengan panjang 7 kaki.

Sebahagian daripada dialog P Ramlee yang masih segar dan evergreen. Sehingga kini barang berkaitan Allahyarhan Tan Sri Pramlee masih laku. Bukan sahaja dalam negara tetapi luar negara pun laku.

Penjual yang menjual ni bukan semua dari Malaysia. Penjual dri luar negara pun ada menjual dan laku. Mari kita lihat 3 contoh barang Allahyarham yang sudah terjual

1) Piring Hitam Jeritan Batinku 

Penjual dari United Kingdom berjaya menjual di eBay.co.uk

Piring hitam masih ada lagi peminat sekarang ni. Walaupun tidak ramai tetapi kalau terjumpa koleksi boleh dapatkan dan jual semula di eBay. Peminat dari seluruh dunia akan cari di eBay.

2) Majalah berkaitan P Ramlee 

Penjual dari Malaysia berjaya menjual di eBay.com

Majalah dengan cover hadapan muka Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjaya dijual dengan harga $39.00 USD dengan kos penghantaran $8.00 USD. Ianya dijual secara bidaan.

3) Rekod LP P Ramlee

Penjual dari Singapura berjaya menjual di eBay.com

Bagi yang tidak tahu apa tu rekod LP boleh baca disini. Harga yang terjual adalah $63.99 USD termasuk kos penghantaran.

Contoh lain selain dari P Ramlee

Ada banyak lagi contoh barang vintage yang laku. Barang mendiang Michael Jackson masih laku lagi sehingga sekarang. Ada hampir 17,000 barang dengan kata kunci Michael Jackson laku di eBay.com pada masa artikel ini ditulis.

Barang berkaitan Allahyarham Muhammad Ali iaitu bekas peninju pun masih laku. Hampir 6500 barang terjual dengan nilai jualan tertinggi hampir $10,000 USD. 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *