Sekiranya korang masih terfikir fikir lagi dan tercari-cari lagi barang apa yang terjual di eBay ni. Apa kata korang cuba tengok barang kat bawah ni.
Barang yang korang lihat ni semua ada dalam satu tempat. Murah dan senang nak dapat. Tak payah pergi banyak tempat dalam satu masa.
Kalau takde dekat speedmart, korang boleh guna tengok tengok dekat kedai lain yang dekat dengan rumah korang.
Siapa cakap bila berniaga macam ni kena simpan stok yang banyak, sedangkan kita senang nak dapatkan stok di kedai biasa biasa je.
Yang penting korang kena tahu cara nak mula berbisnes dalam eBay ni dan tahu cara nak dapatkan income secara parttime dalam ebay.
Okay, ni antara barang yang penjual Malaysia jual di eBay.
1. Maggi Pedas Giler
Seperti yang kita tahu Maggi pedas giler ni memang banyak dekat speedmart. Nampak macam ada potensi ke boleh laku. Tapi penjual Malaysia ni dah berjaya jual 2 item dekat eBay.
2. Teh Tarik Original
Barang ni lagi senang nak dapat. Kalau takde dekat Speedmart, dekat kedai runcit biasa pun ada jual. Penjual ni je dah berjaya jual sampai 17 item. Untuk satu item je dah dekat RM70.
3. Nescafe
Penjual Malaysia ni pun hanya jual Nescafe 3 in 1 lagi. Itu pun dah berjaya jual sampai 11 item. Untuk satu barang je dah boleh dapat RM76. Kalau dikirakan, hanya jual Nescafe dah boleh dapat jualan sampai 3 angka.
4. Milo Nugget
Korang tengok dah 6 sold. Setiap barang yang terjual US $15.05 seunit. Dekat speedmart barang ni tak sampai RM10 tapi dijual balik sampai RM60.00.
5. Perencah Nasi Goreng
Murah je barang ni kalau ikutkan. Tak sampai RM10.00, tapi penjual ni jual sampai RM40 di eBay. Kalau tengok sold history tu, dah 13 unit terjual. Nanti korang boleh check dekat eBay.
Sekarang korang dah boleh nampakkan potensi barang tempatan yang laku di eBay. Nampak macam tak logik, tapi tu lah antara barang yang laku di ebay. Dan korang kena juga buat research barang apa yang HOT lagi dekat eBay.
Barang barang ni pun nampak je mcm tak boleh terjual tapi kalau korang tahu trick dan cara yang betul menjual dekat eBay, korang mesti terkejut dengan hasil yang proven ni.
Yang penting korang kena ikutlah cara yang di ajar dalam PANDUAN EXPORT MUDAH ni.
Semoga post ni beri manfaat untuk korang semua.
Oh ye. Jika tiada akaun kurier untuk hantar barang ke luar negara boleh klik pautan di bawah