Ada masanya kita berada diatas. Ada masanya kita berada dibawah. Itulah roda kehidupan. Ada kalanya berjaya ada kalanya tidak. Ianya berputar-putar. Tetapi apakah ciri-ciri untuk anda berjaya dan bertahan lama di eBay?
1) Anda sentiasa produktif
Perlu pandai menguruskan masa dengan betul dan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan faedah dan berimpak tinggi untuk meningkatkan produktiviti.
Sebagai contoh, soalan yang sama pembeli ataupun bakal pembeli akan tanya. Sediakan templete dan hanya perlu copy & paste sahaja untuk menjawab soalan itu mengikut kesesuaian.
2) Sentiasa flexsibel untuk berubah
Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan, pekerjaan dan juga bisnes. Sebagai contoh jika barang yang hari ni laku keras belum tentu tahun depan, bulan hadapan ataupun minggu depan masih lagi laku keras. Kena sentiasa mencari dan mengkaji barang apa yang ada permintaan di eBay.
3) Suka membantu orang lain
Dunia ni pelik. Orang yang kita bantu belum tentu akan bantu kita di kemudian hari. Tetapi orang lain pula yang akan tolong kita di masa hadapan.
Tips nya ialah bila kita tolong orang, lupakan sahaja pertolongan kita itu. Insha Allah di masa hadapan akan ada orang lain pula yang akan tolong kita.
4) Mendampingi orang yang berjaya
Orang berjaya ni ada power ataupun aura mereka tersendiri. Ini yang kita perlukan untuk mendapatkan aura kejayaan.
5) Ada sparring partner
Ini sangat penting. Jika anda tersasar dari landasan, ada seseorang yang boleh bercakap dan minta pandangan. Ada kalanya apa yang kawan ataupun sparring partner cakap tu anda sudah tahu.
Tetapi sebagai manusia biasa adakalanya kita berasa down. Jika anda tiada sparring partner, anda boleh hadiri bengkel ataupun kelas. Mereka yang datang bengkel ni memang minat dan tujuan yang sama.
6) Jangan selalu merungut dan mengeluh
Kata-kata yang keluar dari mulut dan minda kita adalah doa.
7) Berupaya meningkatkan motivasi sendiri
Sentiasa cari cara tersendiri sekiranya rasa down.
8) Suka explore perkara baru
Cara pengurusan sekarang mungkin berbeza dengan masa hadapan. Dengan kemajuan teknologi terdapat banyak perisian yang baru bagi mencepatkan kerja sekarang.
9) Apabila orang lain berjaya, anda suka
Kejayaan orang lain memberi inspirasi untuk anda lebih maju dan berusaha untuk berjaya.
10) Tidak mudah untuk berputus asa
Sentiasa cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Jadikan tabiat tidak mudah cepat berputus asa.