Mungkin ramai tidak tahu cara komplen servis kurier lambat jika barang yang dibeli secara dalam talian. Memang tidak munasabah jika barang yang dibeli lambat sampai lebih dari seminggu dari Malaysia.
Jika pembelian dari luar negara memang perkara biasa lebih dari seminggu sampai.
Untuk makluman anda boleh adukan masalah ini kepada pihak SKMM.
Cara Komplen Servis Kurier Lambat
Layari laman https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint.
Jenis Aduan : Compalint
Jenis Perkhidmatan : Postal/Courier Services
Kategori : Postal & Courier Service
Subkategori : Late delivery
Pembekal Perkhidmatan : Masukkan kurier yang digunakan seperi J&T, NinjaVan, Shopee Express, Pos laju dan sebagainya.
Selepas mengisi butiran ini anda perlu isikan butiran yang diminta SKMM seperti nama pengadu, alamat dan beberapa maklumat sebelum dihantar ke SKMM.
Setakat ini belum pernah lagi terima panggilan dari pihak kurier tempatan yang menyatakan barang diterima lambat sampai. Apabila semak di mana status barang terkini baru tahu yang dah lebih seminggu tidak sampai-sampai.
Akhir kalam
Mengikut pengalaman bulan ini kurier J bermasalah, bulan depan kurier S pula dan bulan lagi satu kurier N pula bermasalah. Diharapkan dengan melaporkan kelewatan kurier ini pihak SKMM boleh mengambail tindakan dan melindungi pengguna.
Barang sampai lambat, last2 barang jadi refund balik
Barang sampai lambat,last2 barang dipulangkan kepada penjual