Sekitar Bengkel Export Mudah eBay di Segamat pada 5 September 2020

by | Sep 7, 2020

Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Export Mudah eBay pada Sabtu lepas 5 September 2020 di KopTown Hotel Segamat. Paling ramai peserta yang hadir dari lembah klang. Paling jauh peserta yang hadir datang dari Kelantan dan juga Ipoh, Perak.

Bengkel ini dengan tenaga pengajar oleh 6 orang yang uruskan order eBay hampir setiap hari kecuali hari cuti. Farhan, Rahmat, Fazley dan Asari (gambar diatas) memang uruskan order eBay dapat order eBay setiap hari walaupun hari cuti.

Rata-rata mereka yang hadir bagi menyelesaikan masalah berkenaan cara nak buat jualan yang konsisten di eBay. Ada juga yang baru nak bermula. Tidak kisah dari mana nak bermula asalkan konsisten dan istiqomah.

Staf DHL Express juga datang bagi beri sedikit taklimat pada sebelah petang selama lebih kurang sejam. Dari pukul 4 petang sehingga hampir pukul 5 petang. Peserta dapat bertanya terus dengan staf DHL tentang banyak perkara. Ye lah, tanya terus on the spot bagi segala kemusykilan dan cara-cara untuk buka akaun DHL.

Terima kasih kepada Cik Putri kerana sudi hadir bagi beri taklimat. Insha Allah bengkel akan datang akan kami jemput Cik Putri dari DHL Express. Tertakluk kepada masa beliau.

Terima kasih juga kepada Pok Nik yang menguruskan bahagian teknikal. Pok Nik juga uruskan order eBay hampir setiap hari.

Semoga peserta ambil tindakan dan terus bersemangat untuk buat jualan yang konsisten di eBay. Amin.

Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan

Artikel Berkaitan

Bengkel eBay di Segamat pada 5 September 2020

Bengkel eBay di Segamat pada 5 September 2020

Sekitar Bengkel Export Mudah eBay di Segamat pada 11 Januari 2020

Sekitar Bengkel Export Mudah eBay di Segamat pada 11 Januari 2020

Bengkel Ebay di Segamat pada 11 Januari 2020

Bengkel Ebay di Segamat pada 11 Januari 2020

Bengkel Export Mudah 20 April 2019 di Segamat : Peserta berkongsi pengalaman

Bengkel Export Mudah 20 April 2019 di Segamat : Peserta berkongsi pengalaman