Bagi yang meminati baju baru berjenama dan juga baju terpakai berjenama, marketplace Grailed adalah salah satu tempat yang anda boleh beli ataupun jika ingin jana pendapatan boleh menjual di Grailed.
Tiada yuran yang dikenakan untuk mendaftar dan juga membeli. Jika ingin menjual perlu ada akaun PayPal bisnes. Bukannya PayPal personal.
Macam biasa, jika ingin menjual baju yang berjenama pastikan ianya yang asli. Bukannya copy original. Tak lama akaun Grailed jika jual barang tiruan.
Jika beli di laman website lain kemudian jual balik di Grailed tiada masalah. Barang baru ataupun barang terpakai pun tiada masalah untuk dijual di Grailed.
Macam mana nak tahu barang yang dah terjual di Grailed?
Masuk ke laman Grailed www.grailed.com/sold kemudian taip kata kunci yang ingin dicari. Jika biarkan tanpa menaip kata kunci pun tiada masalah. Terpapar juga barang yang dah terjual di Grailed.
Jika kata kunci “Ramones” paparan yang keluar semasa artikel ini ditaip adalah seperti gambar diatas. Boleh lihat barang yang terjual dari penjual seluruh dunia di Grailed.
Mana nak cari barang untuk dijual di Grailed?
Boleh cari di kedai bundle yang berhampiran kediaman anda. Buat kaji selidik serba sedikit tentang barang yang laku dan cuba cari barang yang lebih kurang sama.
Jika ada laman website lain yang ada buat promosi, boleh juga beli kemudian jual balik di Grailed. Jika beli sebagai contoh baju baru, boleh pakai dan bergaya dulu dengan baju itu. Jika sudah bosan jual di Grailed. Ramai orang buat macam ni.
Banyak barang yang boleh dijual di Grailed. Bukan setakat baju dan juga kasut sahaja. Tali leher dan juga beg dompet ramai juga yang jual dan laku di Grailed.
Apabila barang terjual, anda akan dapat notifikasi dan maklumat tentang pembeli anda. Maklumat mengenai nombor telefon tidak dinyatakan. Mesej pembeli dan minta nombor telefon bagi tujuan penghantaran barang.
Salam, boleh terangkan cara penggunaan paypal bisnes dan kurier dhl untuk menjual di grailed tak?
Terima kasih
Tuan ada sediakan ebook ke utk cara menjual di grailed?
Buat masa ni tiada. Cuma kalau nak menjual kena gunakan PayPal bisnes. Kena ada SSM.
Tuan..mcm mn cr nk pulihkan akaun grailed kn banned?
Tak pasti boleh pulih ke tak. Buat sahaja akaun baru lain.
assalamualaikum boleh ajar sye mcm mne nk urus order dri accept payment smpai pos