Tak susah jika nak tahu cara jual barang di eBay pada tahun 2021. Strategi dengan awal tahun 2020 berbeza tetapi asasnya tetap sama. Dengan asas yang betul jual barang dimana-mana platform memang tiada masalah. Bukan setakat di eBay sahaja.
Apa asas cara jual barang di eBay 2021
Jual barang apa yang pembeli mahu
Nampak mudah tapi ramai yang tak hadamkan perkara ni. Daripada bengkel dan pertanyaan yang dapat dari peserta antaranya saya ada keluarkan produk ni. Mesti laku punya di luar negara.
Tahun lepas saya tengok ada orang jual barang ni. Mesti laku jika saya jual.
Strategi menjual di eBay ialah cari produk yang memang ada permintaan. Jika pemilik produk dan baru hendak pasarkan tidak sesuai. Melainkan produk yang ada itu memang sudah ada permintaan cuma anda buat dengan jenama sendiri dan penambah baikkan kualiti.
Barang yang terjual tahun lepas tidak semestinya terjual tahun ini.
Baca : Strategi newbie untuk mula buat jualan di eBay
Jual barang ikut musim
Musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Setiap 4 musim ni menunjukkan yang barang yang laris terjual berbeza. Ada barang yang sangat laku pada musim sejuk tetapi tidak pada musim lain.
Anda kena pandai adaptasikan situasi ini. Disebabkan iklim negara Malaysia berbeza dengan 4 musim ini menyebabkan terlepas pandang dengan perkara ini.
Selain iklim ada juga hari sambutan seperti hari ibu, hari bapa, hari guru dan bermacam lagi. Barang berkaitan ini juga laku di eBay. Tetapi jika anda serius dengan barang seperti ni platform etsy lebih sesuai untuk menjual.
Apakah cara nak hantar barang ke luar negara tahun 2021
Sekarang zaman covid19. Ianya berbeza dengan zaman sebelum covid19. Memang betul kurier biasa boleh hantar. Tetapi jika diperhatikan kos penghantaran tidak jauh beza dengan kurier express.
Kurier biasa ianya mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk sampai. Kurier express mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk sampai.
Untuk makluman jika pihak kurier biasa memberi notis seperti “Service is temporarily not available due to the ongoing COVID-19 situation” masa penghantaran akan bertambah. Maksudnya jika sebelum ini paling lama 4 minggu tetapi sekarang mungkin kepada 6 minggu dan ada juga kes yang 2 bulan masih tidak sampai.
Jika sebelum ini boleh hantar barang ke luar negara menggunakan khidat flexipack internation tetapi bermula 3 Ogos 2020 Pos Malaysia hentikan servis ini.
Nak guna kurier apa hantar barang ke luar negara
Untuk kurier biasa khidmat yang masih ditawarkan setakat ini ialah DHL Ecommerce, Singapore Post dan juga Flickpost.
Untuk kurier express seperti DHL Express, Fedex, USPS dan Aramex. Ada banyak lagi tetapi ini yang biasa penjual edagang dari Malaysia gunakan.
Anda perlu buka akaun denga kurier ini untuk gunakan khidmat mereka. Bagi yang masih tiada akaun boleh gunakan khidmat web2ship dan juga flickpost.
Untuk mereka yang baru ingin menjual boleh gunakan web2ship dan juga flickpost dahulu. Selepas ada jualan baru buka akaun.
Kadar penghantaran memang mahal sedikit berbanding jika buka akaun sendiri. Tetapi sekurangnya ada pilihan dan bukannya tidak boleh hantar langsung barang ke luar negara.
Anda boleh hantar barang ke luar negara dengan klik pautan di bawah
Hantar barang ke Singapore & USA
Kos penghantaran sekarang mahal, kalau jual mahal takut tak laku
Ini semua salah covid19 tuan-tuan dan puan-puan. Anda tak salah. Yang salah virus ni.
Cuma setiap permasalahan akan ada penyelesaian. Jual dengan harga mahal berbanding ikut harga flexipack international.
Tanamkan diminda. Lebih baik tiada jualan daripada ada jualan dan rugi. Jika tidak rugi pun akan untung dengan margin sangat tipis.
Jika hendak jual guna kurier biasa boleh hadkan jual ke Amerika Syarikat sahaja. Ramai penjual yang hanya tawarkan kepada negara ini sahaja dan tidak tawarkan ke pembeli dari negara lain.
Kesimpulannya
Cara nak jual barang di eBay 2021 ada ditunjukkan dengan lebih lanjut di Panduan Export Mudah. Bagi yang sudah dapatkan panduan boleh rujuk balik ebook dan video dalam panduan.
Oh ye, eBook ini kami kemaskini dari masa ke semasa. Semalam iaitu pada 8 Feb 2021 baru kemaskini bab 4 iaitu cara daftar akaun eBay dan PayPal. Sistem eBay dan PayPal memang selalu berubah dan setakat ini kami ubah.
Sejak kami lancarkan Panduan Export Mudah sudah banyak kali kemaskini supaya sentiasa relevan.
Jual sahaja barang yang berpotensi. Cara nak cari cari barang berpotensi pun ada ditunjukkan dalam panduan.