De minimis value adalah nilai minimum yang tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam sesuatu negara. Setiap negara mempunyai nilai de minimis yang berbeza.
Penting bagi mengetahui kadar ini bagi mengelakkan kesulitan semasa barang anda di periksa dan ditahan oleh pihak kastam sesuatu negara. Ada juga syarikat kurier membenarkan anda membayar duti kastam bagi pihak pembeli anda.
Sebagai contoh sekiranya anda membeli barang dari luar negara dan nilai barang itu kurang dari RM 500, tiada cukai kastam dikenakan oleh pihak kastam Malaysia.
Ada kurier yang tidak masukkan nilai kos penghantaran kedalam nilai barang , ada juga kurier memasukkan kedalam nilai barang (kos penghantaran dicampur dengan nilai barang yang anda beli).
Begitu juga jika anda ingin menghantar barang ke luar negara. Sebagai contoh jika anda ingin menghantar barang ke Amerika Syarikat, nilai dibawah $800 USD tiada duti kastam yang dikenakan.
Katakan barang anda bernilai $500 USD terjual, tiada duti kastam yang dikenakan kerana masih dibawah $800 USD. Namun, pembeli dari Amerika Syarikat masih tertakluk kepada cukai di negeri masing-masing di Amerika Syarikat.
Nilai ini ada kalanya berubah-ubah setiap tahun tertakluk kepada peraturan kastam disesuatu negara. Untuk melihat nilai de minimis boleh klik link dibawah