Untuk buka akaun eBay dan PayPal anda perlu ada kad debit kad ataupun kad kredit. Tujuannya adalah untuk menerima dan juga membuat pembayaran.
Kad anda perlu diaktifkan international purchase ataupun pembelian di luar negara. Kenapa perlu diaktifkan adalah disebabkan pembayaran ke eBay adalah di Switzerland seperti gambar diatas.
Sebagai penjual setiap barang yang berjaya dijual di eBay akan dikenakan caj iaitu yuran eBay. Disini sebab perlu diaktifkan international purchase.
Cara hendak aktifkan senang sahaja. Cuma perlu hubungi pihak bank seperti nombor yang tertera dibelakang kad anda dan beritahu mereka tujuan anda.
Sekiranya anda tidak menghubugi pihak bank, kemungkinan anda menghadapi masalah untuk mendaftar sebagai penjual di eBay dan PayPal.