Pagi ini semak balik akaun eBay penjual lain yang jual di eBay yang di bookmark di google chrome. Macam biasa tengok apa yang penjual lain jual dan berapa harga yang mereka jual.
Penjual ini menjual barang yang mudah didapati di Malaysia walaupun ada diantara mereka yang tinggal di luar Malaysia.
Ramai status penjual ini Not a registered user dimana akaun mereka tidak boleh digunakan lagi. Bukan sikit jualan mereka setiap bulan masa spy jualan mereka. Beratus-ratus order setiap bulan untuk satu akaun.
Ada beberapa sebab perkara ini terjadi. Antaranya ialah
Jual harga potong kepala
Ini memang perangai yang tidak boleh ubah dari dulu lagi. Tak boleh senang tengok orang lain jual barang lagi murah. Macam ada penyakit. Kalau nampak ada orang lain jual barang murah, dia pun jual murah.
Harga yang dijual di eBay $89 USD tetapi apabila nampak kompetitor lain jual $85 USD, maka diturunkan lagi harga kepada $82. Kemudian kompetitor tu turunkan pula harga kepada $79 USD, dia pun tak mahu mengalah. Diturunkan lagi kepada $75 USD.
Beginilah kitarannya sehingga kedua-dua mereka rugi. Apabila rugi dan sudah putus asa terus ditinggalnya eBay. Tidak baik begini. Kena ada etika menjual dimana jika harga jualan itu boleh menyebabkan kerugian, jangan jual dengan harga itu.
Jual barang yang supplier tidak banyak stok
Sebagai contoh barang mainan dan barang A supplier hanya ada stok yang sedikit. Jangan jual dengan tamak kuantiti yang banyak walaupun barang itu laku keras. Kesudahannya lambat hantar dan akan dapat rating yang buruk di eBay.
Senario yang lagi teruk barang itu memang tiada stok lagi dan perlu refund kepada pembeli.
Jual harga dengan untung yang sangat sedikit
Apabila dikira balik keuntungan kompetitor, macam tidak percaya. Mustahil dapat kadar penghantaran yang sangat rendah. Apabila tanya dengan supplier yang sama dengan kompetitor ini kenapa jual murah, jawapan biasa yang diterima. “Dia tu gila sikit. Untung sikit sangat. Bukan awak sahaja yang komplen. Ramai yang komplen”.
Selepas beberapa ketika akaun itu jadi not a registered user.
Perlu ingat ada kos lain seperti kos beli sampul, bubble wrap dan alatan lain untuk memudahkan kerja. Laptop ataupun desktop jika boleh perlu tukar kepada yang baru bagi mempercepatkan lagi tugasan dan kerja.
Tiada motivasi
Yang ni memang kena cari usaha sendiri. Cari kawan yang sama dalam industri. Boleh kongsi pengalaman dan masalah yang dihadapai. Biasanya masalah yang sama akan dihadapai cuma dalam bentuk yang berbeza sahaja.
Jika boleh minum sekali sekala. Boleh bincang sekali strategi yang digunakan. Ataupun boleh hubungi telefon sekali sekala. Setidaknya boleh hilangkan rasa bosan dan mengukuhkan lagi jaringan perniagaan.
Peraturan berubah
Dimana-mana sahaja ada perubahan. Jika dulu anak seorang sekarang sudah beranak pinak. Jika dulu boleh guna khidmat Flexipack Pos Malaysia, sekarang dah tiada lagi servis itu.
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Cepat ataupun lambat sahaja dapat solusinya.
Kos yang meningkat
Ini perkara biasa. Setiap tahun kos akan meningkat seiring dengan inflasi negara. Jika tahun lepas kos penghantaran ke luar negara RM80, tahun ini katakan meningkat 5% dan kos penghantaran terbaru jadi RM84.
Begitu juga dengan kos lain seperti alat tulis, kos barang dan juga kos perniagaan yang lain.
Tanamkan di minda memang akan ada kenaikan kos. Jadi tidak terkejut dan salahkan pihak lain sekiranya ada kenaikan.
Not registed user means acc diorng kene suspend ke?
Ye. Antara sebabnya seperti yg ditulis dalam artikel ni.