Tak sangka produk Malaysia yang laku di eBay bukanlah barang rare atau susah dicari. Kebanyakannya cuma barang harian biasa yang kita jumpa di kedai, contohnya mee segera, minuman 3 in 1 dan barang dapur di 99 Speedmart or di Shopee.
Semua ini ada permintaan di eBay. Penjual Malaysia dah buktikan, produk yang murah dan senang didapati boleh terjual dengan harga berkali ganda di pasaran antarabangsa.
Kalau tahu cara pilih produk yang betul, anda tak perlu pun simpan stok banyak. Tak simpan stok pun tiada masalah. Cukup dengan barang yang mudah didapati, tapi sentiasa dicari pembeli luar negara.
Artikel ini akan bongkarkan beberapa barang dari Malaysia yang sudah laku di eBay. Anda mungkin terlepas peluang keemasan kalau tak mulakan sekarang.
Produk Malaysia laku di eBay
1) Ubat gigi colgate

Salah satu contoh ialah ubat gigi Colgate Sensitive Pro-Relief 110g. Di Malaysia, produk ini senang saja ditemui di pasar raya atau farmasi dengan harga belian yang jauh lebih murah. Tetapi di eBay, ia dijual dalam set 20 pek pada harga sekitar USD157.90, iaitu lebih kurang RM640.
Menariknya, sudah ada pembeli dan 6 set telah terjual walaupun stok dihantar dari Penang.
Ini bukti bahawa barang harian yang anda nampak biasa di Malaysia sebenarnya ada permintaan tinggi di luar negara.
Nak cari barang laku di luar negara percuma sahaja di advanced search eBay.
2) Gula-gula Woods

Selain Colgate, gula-gula herba pun ada permintaan. Contohnya WOODS’ Peppermint Drops perisa lemon. Di Malaysia, produk ini biasa kita nampak di farmasi atau kedai runcit dengan harga beberapa ringgit sahaja sebungkus.
Tetapi di eBay, ia dijual dalam set 30 pek x 6 biji dengan harga sekitar USD84.90, iaitu lebih kurang RM344 (kiraan 1 USD = 4.05).
Walaupun nampak macam produk kecil dan murah, ada juga pembeli dari luar negara yang sanggup bayar harga tinggi kerana sukar nak dapatkan produk sebegini di negara mereka. Malah sudah ada jualan direkodkan walaupun stok dihantar dari Malaysia.
3) Minyak rambut Brylcreem

Satu lagi produk harian yang ramai tak sangka laku di pasaran luar negara ialah Brylcreem Aqua-Oxy Anti Dandruff Hair Styling Cream 250ml. Di Malaysia, krim rambut jenama Brylcreem ini sangat mudah ditemui di kedai runcit biasa atau 99 Speedmart dengan harga mampu milik.
Tetapi di eBay, ia dijual dalam set 9 botol dengan harga sekitar USD109, bersamaan lebih kurang RM441.
Ini menunjukkan produk malaysia laku ini senang dibeli di kedai runcit tempatan pun sebenarnya ada permintaan di luar negara apabila dijual di eBay.
4) Susu anmum

Susu formula untuk ibu mengandung juga antara produk yang ada permintaan tinggi. Contohnya Anmum Materna Milk 650g. Di Malaysia, produk ini senang saja dibeli di farmasi atau pasar raya besar dengan harga yang berpatutan.
Tetapi di eBay, ia dijual dalam set 4 kotak pada harga USD138, ditambah pula dengan caj penghantaran USD25.88.
Jika ditukar kepada mata wang Ringgit (1 USD = 4.05), jumlah keseluruhan mencecah kira-kira RM665. Walaupun nampak macam produk biasa di rak farmasi Malaysia, pembeli luar negara sanggup bayar harga jauh lebih tinggi kerana sukar mendapatkan susu khas untuk ibu mengandung ini di negara mereka.
Oh ye di Speedmart pun selalu nampak barang ni.
5) Pencuci muka

Produk penjagaan wajah pun sebenarnya ada permintaan tinggi di luar negara. Contohnya Pond’s Anti Bacterial Facial Foam 100g. Di Malaysia, pencuci muka ini mudah didapati di pasar raya atau farmasi dengan harga yang sangat berpatutan.
Tetapi di eBay, ia dijual dalam set 5 tiub pada harga USD58, ditambah dengan caj penghantaran USD25.88.
Jika ditukar ke Ringgit (1 USD = 4.05), jumlah keseluruhan lebih kurang RM341. Menariknya, produk ini sudah mencatatkan jualan dengan lebih daripada 5 set terjual walaupun dihantar dari Kedah. Ini sekali lagi membuktikan bahawa barang keperluan harian di Malaysia mampu dijual dengan harga premium di pasaran antarabangsa.
Flow menjual di eBay

Kalau nak mula jual barang Malaysia di eBay, ada satu flow mudah untuk anda :
1) Cari barang yang memang laku di eBay
Tengok dulu produk apa yang orang luar negara tengah beli. Boleh semak melalui carian eBay atau tengok contoh produk yang sudah terjual.
Yang ni free je di advanced search eBay. Boleh baca sini.
2) Pastikan barang tu ada di Shopee, TikTok atau kedai runcit tempatan
Produk yang mudah dicari akan jimat masa dan modal. Tak perlu pening kepala nak cari supplier yang rumit.
3) Kira potensi untung rugi
Bandingkan harga beli di Malaysia dengan harga jual di eBay. Jangan lupa kira kos penghantaran, caj eBay dan Payoneer rate.
4) Buat keputusan
Kalau untung boleh jual harga tu. Jadi anda dah tahu harga jualan or harga pasaran.
5) Kalau rugi
Nak senang jangan jual barang tu. Ataupun jika anda kira rugi jual 3 unit untuk satu listing, cuba kira jika jual 10 unit satu listing untung ke tak?
Senang cerita jual secara pukal
6) Ulang process or langkah 1
Ulang dan ulang dan ulang. Ni lah process or kerja hakiki penjual eBay
Akhir kalam
Siapa tahu dengan jual barang ke luar negara anda akan dapat tampung bill dan perbelanjaan bulanan.
Contoh yang ada di artikel ni hanya sebahagian kecil produk yang laku di luar negara. Yang jual orang dari Malaysia. Ye, mereka sama macam anda. Tinggal di Malaysia.
Tak perlu buat secara full time. Sehari spend sejam dua sahaja. Boleh buat lepas waktu kerja.
Kalau dapat hasil macam ni seminggu permulaan pun dah ok.

Yang penting ada tindakan dan ada usaha. Jadi anda dah tahu produk Malaysia laku di eBay. Langah demi langkah seterusnya yang lengkap boleh dapatkan dengan klik butang dibawah ni.