Estimated reading time: 2 minutes
Mana-mana platform ada banyak kelebihan dan kekurangan. eBay antara platform yang bagus bagi yang mula menjual barang tempatan ke luar negara.
Apa yang best menjual di eBay ni anda tak perlu fikir pasal trafik. Sehari ada beratus juta trafik yang masuk ke eBay.
Kemungkinan besar barang anda terjual sangat tinggi. Hanya perlu listkan barang yang berpotensi sahaja di eBay. Cara nak buka akaun eBay, dapatkan order eBay dan hantar order ke luar negara semua ada ditunjukkan dalam Panduan Export Mudah.
Selepas anda menjual di eBay dan ingin membina branding sendiri, salah satu platform yang boleh sesuai digunakan adalah Shopify.
Bagi yang sudah biasa menjual di eBay, Shopify adalah perkara yang mudah sahaja. Hendak mula buat listing di Shopify sangat mudah.
Jika di eBay anda dikenakan yuran eBay sebanyak 10% bagi setiap barang yang terjual secara purata, di Shopify anda hanya dikenakan caj 2%. Katakan anda buat eBay promotion 5%, jumlah yuran eBay yang anda perlu bayar kepada eBay sudah menjadi 15% Final Value.
Bagi yang sudah ambil eBay store, minimum perlu bayar $29.90 USD setiap bulan bagi plan asas. Harga yang sama perlu dibayar setiap bulan di Shopify.
Untuk menerima pembayaran dari pembeli anda boleh gunakan PayPal yang sama dengan eBay. Cuma perlu naik taraf akaun PayPal anda kepada bisnes.
Langgan newsletter ada komitmen yuran bulanan ke
Dapat news free sahaja.