Salah satu faktor yang mempengaruhi harga minyak pasaran dunia. Oh ye tiada subsidi dari kerajaan harga minyak ni ye.
Ini bermakna harga mungkin akan naik dan mungkin akan turun bergantung kepada harga minyak semasa. Fuel surcharges ini bukan DHL sahaja yang amalkan parktis ini. Hampir semua syarikat kurier amalkan.

Sebelum ini pihak BerkatPos.com hanya mengenakan fuel surcharges dalam 20% walaupun pada bulan April 2022 kadarnya 25.50%. Bermula Mei 2022 pihak BerkatPos akan mengenakan fuel surcharges mengikut kadar semasa DHL.
Pada bulan Mei 2022 fuel surcharges sebanyak 32.25% dikenakan. Ianya yang tertinggi dalam sejarah. Selepas itu ianya sentiasa meningkat dan terkini ianya 39.50% untuk bulan Ogos 2022.
Ianya akan berubah pada setiap bulan samada makin naik ataupun makin turun. Semuanya bergantung kepada harga minyak semasa dunia dan juga kadar tukaran matawang USD ke Ringgit Malaysia. Anda boleh semak kadar semasa fuel surcharge DHL Express disini.
Kami juga akan kemasa kini kadar fuel surcharges disini juga pada setiap bulan.
Bagi yang dah dapatkan eBook panduan Export Mudah kami dah update ye excel. Rujuk bab kira untung dan masukkan nilai seperti dibawah.

- Masukkan kadar fuel surcharges.
- Masukkan Emergency Charge.
- Kos penghantaran akan terpapar disini.
Kemaskini semasa
Bulan | Fuel Surcharges | Emergency Charges |
Mei 2022 | 32.25% | RM6.20 |
Jun 2022 | 35.75% | RM6.20 |
Julai 2022 | 37.50% | RM6.20 |
Ogos 2022 | 39.50% | RM6.20 |
September 2022 | 34.00% | RM6.20 |
October 2022 | 32.75% | RM6.20 |
November 2022 | 32.25% | RM6.20 |
December 2022 | 36.00% | RM6.20 |
Januari 2023 | 31.50% | RM6.20 |