UK ialah United Kingdom manakala EU ialah Kesatuan Eropah. Kedua-dua ini mengenakan VAT hampir setiap transaksi di eBay. VAT ialah value added tax ataupun sistem yang sama di Malaysia sebelum ini iaitu GST.
Jika dapat order dan pembeli sudah bayar VAT, tiada masalah. Hantarkan sahaja order itu. Cuma anda perlu masukkan nombor IOSS di portal kurier yang digunakan.
Baca sini untuk mengetahui tentang IOSS di eBay
Ada juga sebahagian order yang mana pembeli tidak membayar VAT di eBay.
Bagaimana cara untuk tahu yang pembeli sudah bayar VAT?
Senang sahaja. Pada bahagian order di eBay ianya ada dinyatakan. Jika sudah bayar VAT ianya seperti di bawah

Jelas dinyatakan yang pembeli sudah bayar VAT sebanyak 20% ye dari harga jualan. Tiada masalah lagi mengenai cukai untuk barang ini sampai ke UK.
Jika eBay tidak kutip VAT?
Tanya dulu samada pembeli sanggup ataupun tidak untuk bayar VAT. Jika sanggup teruskan sahaja dan jika tidak sanggup lebih baik batalkan order ini.
Untuk batalkan order ada 3 pilihan. Jangan salah pilih ye kerana ianya akan menyebabkan rating eBay jatuh.
Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan.
Sudah ada beberapa kes dimana apabila barang sampai di UK dan apabila pembeli diarahkan membayar VAT, mereka tidak setuju. Dan barang mereka itu tidak diambil dan dibiarkan sahaja di kastam.
Selepas beberapa ketika barang itu dipulangkan kepada pembeli. Kalau kos pemulangan seperti di bawah pening kepala juga.

Akhir kalam
Peraturan sentiasa berubah-ubah. Nak jual di negara orang hanya perlu ikut peraturan ini.
klau nak letak no VAT / IOSS, hanya letak IM2760000742 sahaja?
Aah. Make sure tanya dulu kurier yang nak guna tu nak letak mana no IOSS ni