Jika di Malaysia, musim puncak bagi edagang ialah pada bulan puasa ataupun sebulan sebelum bulan puasa. Biasanya pihak kurier ada beri notis untuk order pada minggu kedua puasa, penghantaran tidak dijamin akan sampai sebelum hari raya.
Bagi mereka yang jual di eBay, musim puncak adalah pada waktu krismas.
Biasanya masalah akan timbul jika barang yang dibeli untuk hadiah anak mereka tidak sampai sebelum krismas, kemungkinan besar mereka akan open cased di eBay.
Untuk pembelian yang tiada kaitan degan krismas, selepas sebulan dari tarikh mereka beli masih tidak sampai akan timbul persoalan dan pertanyaan dari pembeli.
Jangan terkejut jika pembeli beli seminggu sebelum krismas tetapi pada hujung bulan satu iaitu sebulan setengah barang tidak sampai lagi. Ini perkara biasa bagi yang tidak pakai kurier yang pantas.
Lagi-lagi jika anda pakai kurier yang hanya boleh dijejak sampai KLIA sahaja, memang berasap kepala nak jawab persoalan dari pembeli. Memang murah kadar penghantaran tetapi masalah ini mungkin akan timbul.
Jika pakai kurier yang pantas iaitu masa penghantaran hanya 3 hingga 8 hari bekerja sudah sampai tiada masalah. Sistem mereka boleh jejak barang pada waktu sebenar, jika sekarang barang baru melepasi kastam dalam sistem akan tertulis baru lepasi kastam.
Tips mudah sahaja. Guna kurier yang boleh jejak barang sampai kepada pembeli. Memang mahal kos penghantaran tetapi tidak pening kepala. Apa guna order banyak tetapi barang tidak sampai. Kena pulangkan juga duit ke pembeli