Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan banyak perubahan dari segi cara pengguna membeli dan menjual barang. Semakin ramai pengguna membeli barang secara dalam talian.
Buka sahaja Facebook, Twitter, Instagram ataupun Youtube akan nampak promosi daripada penjual. Persoalannya selamat ataupun tidak untuk beli di media sosial ini?
Menurut laporan daripada TheStar, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melaporkan terdapat 1520 aduan daripada pembeli terhadap pembelian mereka di media sosial sehingga November 2020.
Ini yang dilaporkan, bagaimana dengan pengguna yang tidak laporkan. Kemungkinan kes yang lebih tinggi cuma ianya tidak dilaporkan sahaja.
Jika anda membeli di laman edagang seperti Shopee, Lazada ataupun eBay sekiranya barang tidak sampai pembeli akan dapat perlindungan daripada platform edagang ini. Jika barang yang sampai tidak sama seperti dalam gambar ataupun deksripsi pun dapat perlindungan.
Atas dasar perlindungan terhadap pengguna ini menyebabkan pengguna lebih percaya dengan laman edagang.
Sebagai contoh di eBay walaupun penjual baru dan tiada lagi sejarah jualan ataupun maklum balas daripada pembeli, barang yang diiklankan jika kena dengan harganya akan terjual.
Ramai pembeli Panduan Export Mudah dapat jualan bermula dengan tiada maklum balas ataupun feedback.
Di Shopee ada beberapa penjual yang mana mereka lampirkan sekali dengan borang untuk pemulangan sekiranya terdapat sebarang masalah. Jika tidak disertakan anda boleh meminta daripada penjual itu.
Anda pernah ditipu dengan pembelian di media sosial? Mungkin sudah masanya untuk mencuba pembelian di laman edagang pula.