Menurut eBay, bermula dari 31 Mac 2020 laman Terapeak.com akan ditutup dan hanya boleh diakses melalui seller hub di akaun eBay.

Perisian Terapeak ini percuma bagi yang sudah langgan eBay store Basic, Premium, Anchor, dan Enterprise.

Ada beberapa ciri yang ada di laman Terapeak.com tiada dalam seller hub research product di eBay. Antaranya ialah sell-through rate ataupun kadar keboleh jualan.

Sell-through rate salah satu faktor penting bagi penjual ramalkan yang sesuatu barang itu boleh terjual ataupun tidak. Berita baiknya pada hujung bulan Mac 2020, laman eBay yang sudah diintegrasi dengan Terapeak akan ada ciri ini.