Ada banyak sebab nak ubah harga di eBay. Mungkin sebab kos penghantaran sudah meningkat ataupun harga kos barang meningkat. Itu perkara biasa disebabkan kadar inflasi dan juga perkembangan semasa dunia.
Contoh paling jelas sekarang kesan perang antara Rusia dan Ukraine dan juga kadar inflasi yang melambung. Inflasi mungkin disebabkan kekurangan pekerja di pasaran.
Jika nak ubah harga jualan di eBay biasanya buat dalam 2 cara. Secara satu persatu jika listing eBay tidak banyak ataupun boleh buat secara pukal.
Cara nak ubah harga jualan di eBay secara satu persatu
Masuk ke sellerhub dan di bahagian Listings klik Active. Kalau tak jumpa dimana sellerhub boleh rujuk Panduan Export Mudah bahagian dashboard eBay

Pilih listing mana yang nak diubah harganya. Selepas itu klik gambar pensil seperti nombor 1. Masukkan harga baru yang ingin diubah seperti nombor 2 dan klik submit seperti nombor 3.

Cara nak ubah harga jualan di eBay secara pukal
Masuk ke sellerhub dan di bahagian Listings klik Active. Di bahagian edit klik Edit all listings.

Tandakan seperti anak panah dibawah untuk ubah kesemua harga sekaligus

Di bahagian Edit fields klik Price, quantity, Best Offer seperti nombor 2 di bawah

Di bahagian Buy It Now Price pilih Increase by untuk naikkan harga.

Akan ada 2 pilihan samada anda perlu tetapkan semua harga sama selepas pilih increase by ataupun hendak naikkan mengikut peratusan. Dalam contoh ini akan buat kenaikan harga mengikut peratusan.
Di bahagian nombor satu pilih Percent, nombor 2 pilih berapa peratus yang hendak dinaikkan. Dalam contoh ini sebanyak 7% ingin dinaikkan. Klik Save and close seperti nombor 3.

Sudah selesai naikkan keseluruhan harga jualan eBay kepada 7%.
Akhir kalam
Anda boleh ubah harga mengikut kesesuaian masing-masing. Bukan setakat ubah harga, macam-macam benda anda bleh ubah seperti tutorial di atas. Uabh suai ikut keperluan masing-masing. Selamat mencuba.