Borong barang dari China bukanlah suatu yang kompleks seperti sains roket. Bergantung kepada tujuan masing-masing samada borong untuk dijual semula ataupun untuk kegunaan sendiri.
Secara asasnya jika hendak beli barang dari China anda perlu ada gudang di China. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa gudang di China untuk rakyat Malaysia.
Google sahaja “warehouse China to Malaysia” akan keluar paparan dari syarikat yang menawarkan khidmatan sewa gudang.
Beli barang dari laman China kemudian hantar ke gudang di China juga.
Selepas sampai ke gudang barang anda akan dihantar ke Malaysia.
Laman website China menggunakan bahasa China dan cara mudah untuk atasi adalah dengan menggunakan google translate. Jika tidak tahu beli barang ada syarikat yang menawarkan khidmat beli barang.
Ada yang kenakan caj 10% dari harga barang. Ada yang tidak kenakan caj. Yang pasti anda perlu guna gudang mereka.
Biasanya syarikat yang tidak kenakan caj mereka akan ambil sedikit untung dari tukaran matawang.
Sebagai contoh ada syarikat yang kenakan caj 10% untuk beli barang dan tukaran matawang dari duit China kepada duit Malaysia sebanyak 1.57. Manakala syarikat yang tidak kenakan caj pula mengenakan kadar tukaran 1.54.
Antara laman yang popular orang Malaysia borong barang China ialah 1688.com. Laman website ini menggunakan bahasa China.
Boleh guna google translate. Lebih mudah jika gunakan desktop berbanding telefon bimbit.

Cari barang yang ingin dibeli kemudian hantarkan link website barang itu kepada syarikat yang anda ingin gunakan.
Boleh kumpul dari ramai supplier kemudian gabungkan barang itu untuk dihantar sekali ke Malaysia.
Contoh barang yang dibeli dari laman 1688.com seperti dibawah. Syarikat ini memberi tempoh selama sebulan untuk kumpulkan barang dari semua pembekal untuk dihantar sekaligus ke Malaysia.

Barang yang hendak dihantar ke Malaysia terdapat dua pilihan iaitu samada menggunakan kapal terbang ataupun kapal laut.
Jika gunakan kapal terbang barang akan cepat sampai berbanding kapal laut. Sudah tentu caj yang tinggi jika menggunakan kapal terbang.
Contoh dibawah jika Ship by SKYNET barang dihantar menggunakan kapal terbang. Jika Ship by Small Sea Parcel barang dihantar menggunakan kapal laut.

Pastikan berat barang sebelum beli dari supplier. Normal praktis syarikat kurier berat akan dikira samada dalam berat sebenar ataupun dimensi.
Baca : Memahami apa itu dimensi dan berat bagi bungkusan barang
Ada juga penjual eBay yang order barang dari China kemudian jual balik di eBay. Ada juga beli barang di China kemudian jual balik di shopee. Pembeli yang beli di shopee ni juga penjual di eBay! Bijak kan. Selamat mencuba.