Jika dapat order dari pembeli dari Rusia, anda perlu hantar ke alamat pejabat. Bukannya ke alamat rumah sekiranya menggunakan khidmat kurier express.
Apa yang akan terjadi jika menggunakan alamat rumah, barang yang telah sampai di Rusia akan dipulangkan balik. Kos penghantaran syarikat kurier tetap akan kenakan caj walaupun tidak berjaya dihantar kepada pembeli.
Sudah dikenakan caj penghantaran, duit pembeli yang diterima bergantung kepada budi bicara pembeli. Jika pembeli setuju untuk bayar caj tambahan untuk hantar semula tiada masalah. Jika tidak setuju anggap tiada rezeki dan ilmu baru.
Jika tiada nama syarikat dalam alamat pembeli, minta dengan pembeli nama syarikat yang mereka bekerja ataupun syarikat mereka sendiri. Bukan nama syarikat sahaja, pastikan alamat syarikat bukannya alamat rumah.