Oleh sebab ramai yang sudah memulakan perniagaan di platform Shopee, penilaian Seller Performance Shopee telah dibuat berdasarkan beberapa kategori.
Ini bertujuan untuk Shopee mengenali penjual yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada pembeli. Secara tidak langsung penjual boleh menjadi Preferred Seller sekiranya prestasi mereka mencapai sasaran.
Baca: 6 Cara Nak Jadi Preferred Seller Di Shopee
Penilaian Seller Perfomance Shopee Berdasarkan
Shopee memantau prestasi penjual berdasarkan empat(4) perkara berikut
Order Non-Fulfillment Rate (NFR)
Kadar Pesanan Tidak Dipenuhi (NFR) merupakan peratusan jumlah pesanan sepanjang 7 hari terakhir yang dibatalkan oleh penjual, sistem, atau dipulangkan/dibayar balik atas kesalahan penjual.
NFR akan dikemaskini setiap hari isnin dan penjual yang tidak memenuhi sasaran prestasi akan mendapat mata penalti dengan sewajarnya.
Sila rujuk artikel About Seller Penalty Points System untuk mengetahui tentang mata penalti dengan lebih lanjut.
Bagi anda yang nak tahu dekat mana nak semak Kadar Pesanan Tidak Dipenuhi (NFR) di akaun Shopee anda boleh rujuk gambar rajah dibawah.
Home > My Shop > My Penalty > Seller Penalty Points
Late Shipment Rate (LSR)
LSR menunjukkan peratusan jumlah pesanan yang dihantar lewat pada masa 7 hari. Penghantaran lewat ini dikira dan di kemaskini setiap hari isnin tidak termasuk penghantaran hujung minggu dan cuti umum.
Berikut adalah mata penalti untuk Prestasi Metrik LSR bagi penjual yang tidak mencapai sasaran prestasi
5 Sebab Utama Penghantaran Lewat
Antara sebab utama penghantaran lewat ini sering berlaku adalah
- Inventori kehabisan stok
- Tenaga kerja tidak mencukupi
- Permintaan yang tinggi dari sasaran semasa promosi
- Pengurusan pesanan yang tidak baik
- Penjual tidak aktif
Home > My Shop > My Penalty > Seller Penalty Points untuk menyemak di akaun Shopee anda.
Penghantaran yang cepat akan memberikan pembeli pengalaman yang baik. Secara tidak langsung, pembeli akan memberikan penilaian yang baik untuk kedai anda.
Listing Violation
Pihak Shopee akan memantau segala produk yang dijual di Shopee. Ini kerana untuk memastikan produk yg dijual mematuhi segala syarat dan polisi Shopee.
Ada 3 jenis listing violation yang boleh dikenakan tindakan oleh Shopee:
- Senarai terlarang
- Barangan palsu
- Spam
Jadual ini menunjukkan jenis listing violation dikenakan oleh pihak Shopee
Penjual yang melanggar syarat dan polisi shopee akan dikenakan Seller Penalty Points System. Sekiranya banyak listing violation dikenakan, semakin banyak penalti dikenakan.
Chat Response Rate
Chat Response Rate dikira berdasarkan kepantasan penjual memberi tindak balas terhadap pembeli melalui Shopee Seller Chat berdasarkan kriteria berikut:
- Respon Shopee Seller Chat dengan
- Menerima atau menolak offer
- Menghantar mesej kembali kepada pengguna yang memulakannya
- Menghantar mesej kembali kepada pengguna yang mula chat
- Jika penjual membalas selepas 12 jam, chat tersebut tidak dianggap sebagai respon
- Tempoh kelajuan menjawab
- Dalam tempoh masa 12 jam
Cara pengiraan Chat Response Rate.
- Dikira berdasarkan purata 90 hari di shopee penjual
- Akan dikira semasa penjual respon dalam tempoh masa 12 jam dari mesej yang dihantar termasuklah pada hujung minggu atau cuti umum
- Akan dikira apabila anda menerima sekurang-kurangnya 2 chat threads dalam tempoh 90 hari
- Anda diminta untuk mengakhiri di setiap perbualan.
Walaubagaimanapun, chat response rate tidak dikira sekiranya:
- Akaun shopee anda dalam mod percutian
- Dari akaun shopee yang telah diban, dibekukan atau dipadam.
- Dari shopee games
- Auto message dari pihak shopee – tetapi sekiranya penjual telah menerima mesej selepas penjual klik Chat With Shop Agent, penjual perlu membalas dalam tempoh masa 12 jam.
- Chat broadcast – kecuali pengguna membalas semula mesej tersebut.
Semua penjual digalakkan respon dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dalam mengekalkan Chat Response Rate yang baik antara salah satu syarat untuk menjadi Preferred Seller.
4 perkara utama yang dilihat dalam Seller Performance Shopee yang peniaga Shopee perlu tahu. Sekiranya anda ingin belajar lebih lanjut mengenai Shopee boleh klik Panduan Shopee.