Tak susah sebenarnya cara nak menjual dan buat duit dengan eBay. Dengan syarat anda perlu tahu perkara asas dan juga mindset yang betul. Skill dan mindset yang anda perlukan adalah
1) Buat akaun eBay dan Payoneer
Nak buat akaun eBay dan Payoneer ni mudah sebenarnya. Kosnya pun murah sahaja.
Anda perlu ada kad debit ataupun kad kredit yang ada logo Visa ataupun MasterCard. Untuk kad debit anda perlu hubungi bank untuk aktifkan international purchase.
Ianya bertujuan untuk anda bayar yuran eBay sekiranya barang anda terjual.
eBay ialah tempat anda menjual barang ke luar negara. Manakala Payoneer ialah tempat untuk keluarkan hasil jualan dari luar negara ke akaun bank tempatan macam Maybank, CIMB, Ambank dan sebagainya.
Sebelum Jun 2021 eBay menggunakan PayPal. Sekarang eBay menggunakan Payoneer.
Perkara yang baik ialah kadar tukaran USD ke ringgit Malaysia Payoneer lebih tinggi dari PayPal. Ini memberikan keuntungan yang lebih sedikit jika anda tahu cara menjual di eBay.
Untuk mendaftar eBay perlu kad debit bank tempatan manakala untuk mendafatar Payoneer perlukan akaun bank sahaja.
2) Spy barang yang dah terjual di eBay
Yang ni memang selalu orang tanya. Nak jual apa kat ebay? Aku bukannya ada produk pun. Cara yang ditunjukkan ini memang mudah.
Anda mesti terkejut dengan cara mudah dan percuma ni pun boleh tahu barang apa yang laku di oversea. Masuk laman eBay kemudian klik seperti dibawah


Tengok contoh barang yang seller Malaysia dah terjual ni. Barang simple je ni pun ada permintaan dari luar negara.

Oh ye paparan cari barang laku ni guna desktop. Ataupun nak mudah anda boleh klik sini dan terus ke paparan advanced search samada pakai phone atau desktop ataupun tablet.
3) Cari supplier yang murah dan senang
Bagi memudahkan kerja anda, cari supplier yang senang dan mudah. Kalau tiada lagi supplier apa susah boleh tengok di Shopee. Konsepnya macam ni. Beli barang di Shopee dan jual ke eBay.
Sebagai contoh, acuan pie tee 5 in 1 yang laku di eBay seperti gambar sebelum ini. Anda juga boleh lihat harga belinya di Shopee ini.

Sekarang kita tengok berapa harga yang beli barang ni di Shopee. Boleh dapatkan dengan harga RM134. Tu belum termasuk voucher. Kalau ada lagi murah harga beli
Jumlah harga jualan $ 105 USD + $19.90 USD bersamaan $ 124.90 USD. Kadar tukaran pada artikel ini ditulis 4.05 maka ianya RM 505.
Kos beli di Shopee baru RM134 dan boleh jual balik sehingga RM 505.
Ada banyak lagi contoh macam ni. Itu lah tugas penjual eBay dimana sentiasa cari barang yang menguntungkan terjual di eBay.
Baca : Contoh barang yang laku di eBay
Sekarang platform TikTok shop banyak barang dijual. Ada juga barang di TikTok shop lebih murah dari Shopee. Ambil peluang ni beli di TikTok dan jual balik ke luar negara.
Senang kan tahu cara nak menjual di eBay lepas tahu sumber supplier yang hampir setiap hari orang Malaysia buka.
4) Apa perlu buat lepas barang terjual di eBay?
Dah terjual, lepas tu hantar barang tu ke pembeli. Dalam email anda akan dapat butiran mengenai pembeli. Nombor telefon tiada.
Macam mana nak dapatkan nombor telefon pembeli ada ditunjukkan dalam Panduan Export Mudah. Senang sahaja stepnya. Hanya perlu masuk sellerhub dan semua butiran ada disitu.
5) Nak hantar macam mana ke luar negara?
Jika tidak tahu nak guna kurier apa hantar barang ke luar negara boleh gunakan khidmat BerkatPos.com.
Jika ada order di eBay, beli di shopee kemudian masa checkout guna alamat BerkatPos. So bila sampai staf BerkatPos akan uruskan semua. Jadi mudah kerja anda tak perlu packing dan pos barang.
Dan masih boleh jana pendapapatan. Paling best boleh buat part time yang tak kacau kerja hakiki.

Tips cara menjual eBay bagi newbie
Cari dulu barang laku eBay
Sebelum menjual cari dulu barang apa yang ada demand. Senang sahaja dengan ciri percuma di eBay. Gunakan advanced search. Lepas tu dapat idea dan cari barang yang sama ataupun hampir serupa.
Long term game
eBay punya game long term bukannya short term. Actually bukan eBay sahaja. Platform lain pun sama juga. Amazon, ETSY, jual di Facebook ataupun TikTok pun sama juga.
Kena build akaun dahulu. Bela akaun kemudian baru buat untung berlipat kali ganda.
Jual barang kecil dahulu
Bergantung kepada modal anda dinasihatkan jual barang yang kecil dahulu bagi newbie. Bukan apa jika barang itu terjual kena tahu selok belok penghantaran ke luar negara.
Jika berlaku sedikit kesilapan dan kerugian pun tidak banyak. Pengalaman ini digunakan untuk jual barang yang lebih mahal.
Lepas dapat konfiden baru jual macam-macam barang dengan jangkaan keuntungan yang lebih tinggi.
Masukkan sekali kos pengiklanan semasa kira keuntungan
Setiap barang yang terjual eBay akan kenakan caj. Anda boleh letakkan sekali kos pengiklanan tambahan dimana kebiasaannya listing eBay anda diatas sekali.
Jadi peluang dan kebarangkalian barang terjual lebih tinggi.
Kos ni ada diberikan dalam bentuk excel jika anda mendapatkan Panduan Export Mudah.
Jom belajar buat duit dengan eBay
Kelebihan eBay ni pasarannya luas. Kalau di Malaysia hanya ada 32 juta penduduk. Anda bayangkan pasaran rentas sempadan. Penduduk USA sahaja hampir 320 juta!
Tu belum termasuk lagi kalau pembeli dari negara lain yang membeli di eBay. Memang besar pasaran anda.
Nilai matawang pun mainkan peranan penting. Kalau jual di Malaysia RM16, anda dapat RM16. Kalau jual di USA macam contoh Yoko Yoko di atas dah berapa kan!
Boleh dijadikan karier
Insha Allah dengan ilmu yang betul anda boleh jadikan menjual di eBay sebagai karier. Potensi pendapatan boleh 4 angka itu perkara biasa dengan skill yang betul.


Anda boleh lihat purata jualan satu unit ialah $97 USD keatas. Permintaan tinggi jika betul caranya. Yang penting jangan putus asa.
Oh ye sekarang eBay menggunakan Payoneer. Jika sudah kuasai skill menjual di eBay siapa tahu anda boleh buat jualan seperti dibawah


Ramai yang sudah berjaya buat extra income part time dengan menjual di eBay. Macam mana tim kami tahu? Mereka guna BerkatPos.
Bagi yang ada niat cara menjual dan jana pendapatan tambahan dengan eBay dan ingin mendapat jualan seperti diatas pautan dibawah.
Panduan ini akan kami update dari masa ke semasa.
Hi saya nak beli eBook Panduan Export Mudah Ebay
boleh layari exportmudah.com
Saya ada duit siling lama america tahun 1799
Macam mna saya nak jual kat ebay
Buka akaun eBay kemudian jual duit syilling
Nk beli ebook pakai bankin blh tk
Boleh pakai fpx. Online banking
Hi saya nak beli eBook Panduan Export Mudah Ebay. Nak beli ebook pakai bankin blh tk.
Hi. Untuk dapatkan eBook perlu online banking. Thanks
sy da buat account paypal ….tapi confuis lak ada bayaran rm 10 buka account….
Nak belajar tapi xtau nak mula dari mana.. kena ada laptop ke?
Boleh baca blog ni dahulu. Kalau still tak faham boleh dapatkan eBook Export Mudah
saya nak beli EBOOK V2.Saya newbie .
Terbaik
tuan ada buat kelas lg ker
Malam ni 18 Mei 2023 kami buat kelas bagi yang dah dapatkan eBook
Salam encik… Nak tanye bile ada kursus untuk eBay Ye.. Sy Berminat utk join.. Berape harga kursusnye encik
Boleh dapatkan eBook dahulu dan study ikut eBook.
Ada buat class personal 1 to 1 tak?
Buat masa ni belum lagi.
Hi en. kelas untuk bulan jun ada tak?
Kalau ada nanti kami akan beritahu memalui email bagi yang dah dapatkan eBook. Thanks.
Hye sy br nk brjinak2.salam dr sy
Hi en Farhan…. Saya nak meniaga jugak melalui eBay
Minta didik saya boleh keh
Insya Allah. Semoga berjaya.
berapa harga ebook ?
boleh refer exportmudah.com
SAYA NAK BELI EBOOK
Terbaik. Nanti baca eBook ye lepas dapatkan. And jangan lupa semak email untuk kelas online di zoom.
Ingin mulakan biz ebay. Bimbing saya
Jika ingi belajar lebih mendalam boleh dapatkan Panduan Export Mudah
macam mana cara nak tukar matawang rm ke usd?
kena cari & research barang kat eBay.com bukannya eBay.com.my
saya nak beli Ebook V2
kalau tak faham nak hubungi siapa?
ada tak yang boleh bagi no h/p
Dalam eBook ada ditunjukkan cara nak contact tim kami ye.
Saya nak beli ebook version 1 and 2