Mungkin anda tidak sangka barang yang selalu anda nampak di kedai runcit berhampiran rumah anda telah terjual di USA. Ya betul. Terjual di Amerika Syarikat. Negara Uncle Sam.
Strategi bagi penjual ni mudah sahaja. Beli barang ataupun kalau tidak mahu beli barang, ambil gambar di kedai runcit. List kan barang yang nak jual di ebay.com. Selepas laku, bungkuskan barang menggunakan bubble wrap untuk melindungi barang itu daripada rosak. Kemudian hantar.
Mari kita lihat barang apa yang sudah terjual di ebay.com
1. Ikan Bilis
Sudah terjual sebanyak 48 unit. Wahh!! Banyak juga. Ikan bilis ini dijual bermula dengan berat 120 gram sehingga 970 gram.
2. Teh Sabah
Murah sahaja teh ni. Lebih kurang RM20.
3. Serbuk Kari Baba’s
Ramai kan peminat kari baba’s. Sampai ke luar negara orang cari. Dah laku 4 barang. Harga barang termasuk kos penghantaran $10.95 USD. Boleh tahan.
4. Kopi Super Power
Kalau jenis kopi ada perkataan kopi ginseng ataupun tongkat ali memang ada peminat satu dunia.
5. Nescafe
Banyak barang nescafe yang laku. Ini adalah salah satu contoh yang laku. Harga tak sampai RM20 kalau beli di kedai runcit.
Semua barang yang terjual diatas ini dalam matawang USD. Mudah sahaja cari barang laku menggunakan teknik dalam Panduan Export Mudah.
Pada masa artikel ini ditulis 1 USD = 4.04 MYR mengikut kadar tukaran PayPal. Sementara matawang USD tengah kuat berbanding Ringgit Malaysia, potensi keuntungan yang anda akan dapat akan lebih. Itupun kalau anda ambil tindakan.
Macam mana Saya nak mulakan perniagaan ini?
Boleh baca artikel dalam blog ini dahulu. Insha Allah ada jalannya.
Saya dah joim group ebay. So now mcm mne sata nak start menjual brg2 ni semua. Ada pe2 software ke kita nak kena downloan.
Saya tak faham yg disini.
kalau baru nak start tak payah subscribe software.