Semasa eBay perkenalkan eBay managed payment, penjual eBay terima duit dari hasil jualan eBay ke Payoneer. Duit di Payoneer untuk penjual Malaysia hanya berfungsi untuk satu fungsi sahaja. Untuk keluarkan duit dari Payoneer ke akaun bank Malaysia.
Sekarang akaun Payoneer sudah boleh digunakan untuk membayar yuran eBay dan juga refund duit pembeli eBay.
Jika sebelum ini apabila eBay sudah hantar hasil jualan ke akaun Payoneer dan pada masa yang sama tiada jualan dan duit di akaun eBay maka penjual perlu refund ataupun bayar yuran eBay menggunakan kad debit ataupun kad kredit yang didaftarkan.
Sedia maklum jika bayar ataupun refund menggunakan kad merugikan penjual kerana kadar tukaran matawang.
Dengan sistem baharu ini cara bayar yuran dan kos eBay dengan Payoneer memudahkan penjual eBay. eBay akan caj serta merta dengan akaun Payoneer untuk 3 perkara ini
- Bayar yuran eBay untuk sekali pembayaran
- Penjual refund duit pembeli
- Penjual batalkan transaksi
Untuk kes dibawah ini eBay akan caj akaun Payoneer dengan memberi notifikasi selama 3 hari
- Pembayaran automatik yuran eBay
- eBay Money Back Guarantee jika penjual kalah open cased dengan pembeli
- Pembeli open cased dengan institusi kewangan yang digunakan dan menang terhadap penjual
Jika sebelum ini pengguna Panduan Export Mudah tanya macam mana nak bayar dengan Payoneer? Memang jawapannya bayar gunakan kad yang daftar dengan eBay. Sekarang sudah boleh menggunakan Payoneer.
Untuk pengguna akaun Payoneer Malaysia, masih tidak boleh hantar duit dari akaun Payoneer ke rakan ataupun pembekal samada dalam Malaysia ataupun ke luar negara. Tidak pasti sebab apa Payoneer tidak aktifkan ciri ini untuk pengguna Malaysia.
Bagi yang ingin aktifkan cara bayar yuran dan kos eBay dengan Payoneer boleh klik pautan dibawah yang disediakan oleh pihak eBay sendiri