Take a fresh look at your lifestyle.

Beli dulu, bayar kemudian di Spaylater di Shopee

Baru baru ini, shopee ada mengeluarkan satu lagi features yang terbaru iaitu Spaylater. Spaylater merupakan satu perkhidmatan yang membolehkan anda membeli dahulu barang dan boleh bayar kemudian. 

Ia membolehkan anda menangguhkan pembayaran untuk belian semasa ke bulan berikutnya (Buy Now Pay Later)  atau mengubah menjadi ansuran bulanan selama 6 bulan. Ia juga bertindak sebagai pihak yang mendahulukan bayaran bagi pihak pembeli.

Spaylater hanya dibuka untuk Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai MyKad yang sah. 

Cara untuk aktifkan Spaylater.

  • Pergi ke Me, pilih Spaylater
  • Klik Active Now
  1. Masukkan verification code yang dihantar melalui sms
  2. Masukkan Mykad 
  1. Ikut arahan yang tertera untuk dapatkan verification.
  2. Anda dah berjaya daftar Spaylater.

Cara nak lakukan bayaran menggunakan Spaylater.

  • Semasa checkout, klik spaylater
  • Pilih installment plan.
  • Masukkan shopepay pin, klik Confirm
  • Akan terima mesej pengesahan pembayaran .

Pembayaran Spaylater di Shopee

Anda perlu membayar mengikut jadual yang ditetapkan oleh shopee. Sekiranya anda lewat membuat bayaran, anda akan dikenakan overdue charge. Setiap pembayaran perlu dibayar sebelum 10 haribulan setiap bulan.

Ini adalah jadual pembayaran secara bulanan.

Semua pembayaran boleh dilihat pada My bill di ruangan Spaylater di shopee. 

Untuk tujuan pembelian dahulu bayar kemudian (Buy Now Pay Later), tiada sebarang caj. Tetapi untuk pilihan pembayaran ansuran, anda akan dikenakan caj  sebanyak 1.25% sebulan.

Sekiranya lewat membuat bayaran, anda juga akan dikenakan caj 1.5 % untuk setiap bulan.

Dengan menggunakan Spaylater, amat memudahkan segala urusan pembayaran di Shopee. Untuk sebarang maklumat boleh hubungi Khidmat Pelanggan Shopee atau lakukan pertanyaan pada talian 03-2777-9222

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

jana 5 angka sebulan dengan ebay

Bukan lagi Rahsia. Isikan butiran dibawah 

Terima kasih langgan Newsletter!